Perbezaan antara semakan "Hatake Kakashi"

38 bait ditambah ,  10 tahun lalu
Kakashi mempunyai pertarungan yang nampaknya tidak akan berakhir dengan [[Maito Gai]]; Gai sentiasa mengisytiharkan Kakashi sebagai lawannya dan selalu mengajaknya bertanding. Sikap bena tak bena Kakashi pula sering membangkitkan ketidakpuasan Gai. Sehingga kini, Kakashi telah memenangi 49 daripada 99 cabaran yang dimulakan oleh Gai. Jelas sekali, Gai amat bangga terhadap kejayaannya. Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan merangkumi larian pecut 100 meter, sumo, makan ramen dan juga 'Batu, Kertas, Gunting'.
 
Kehidupan peribadi Kakashi adalah suatu misteri yang belum dapat disangkal. Misalnya, wajah sebenar Kakashi masih belum diketahui kerana sebahagian besar mukanya disembunyikan di sebalik topeng. Dia tidak mempunyai sanak saudara dan telah mengatakan bahawa orang yang disayanginya telah pun meninggal dunia. Kakashi pernah disalah sangka sebagai "Taring Putih Konoha", [[Senarai Jonin Konoha#Hatake Sakumo|Hatake Sakumo]] (sebenarnya, Kakashi merupakan anak kepada Taring Putih Konoha). Dalam episod 101, Pasukan 7 cuba sedaya-upaya untuk menanggalkan topeng Kakashi tetapi tidak berdaya. Namun, dipercayai wajahnya agak tampan jika mengambil kira reaksi [[Ayame]] dan ayahnya yang berjaya melihat rupa sebenar Kakashi ketika Kakashi makan ramen.dan kakashi jinchuriki berekor sebelas
 
== Sejarah ==
Pengguna awanama