Gelang Zuhal: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
Xqbot (bincang | sumb.)
Baris 13:
Gelang tersebut boleh dilihat dengan menggunakan teleskop moden berkuasa serdahana atau dengan teropong berkuasa tinggi. Ia menjulur 6,630 km hingga 120,700 km atas khstulistiwa Zuhal, dan terdiri daripada batu [[silika]], [[oksida besi]], dan ketulan air batu bersaiz kumin sehingga kereta kecil. Terdapat dua teori mengenai asal cicin Zuhal. Teori pertama diusulkan oleh [[Édouard Roche]] pada [[abad ke 19]], adalah gelang tersebut merupakan bekas bulan Zuhal yang orbitnya reput sehingga ia cukup dekat sehingga berkecai akibat kuasa pasang surut (lihat [[had Roche]]). Variasi teori ini adalah [[bulan]] tersebut berkecai akibat hentaman [[komet]] atau [[asteroid]]. Teori kedua adalah cicin tersebut bukanlan dari bulan Zuhal, tetapi bahan lebihan [[nebula]] asal yang membentuk Zuhal. Teori ini tidak diterima masa kini disebabkan gelang Zuhal dianggap tidak stabil merentasi jutaan tahun, dan dengan itu dianggap baru terbentuk.
 
Sementara ruang terluas di gelang, seperti [[Renggang Cassini|Renggang Cassini (''Cassini division'')]] dan [[Renggang Encke]], boleh dilihat dari Bumi, ''Voyager'' mendapati gelang tersebut mempunyai struktur seni yang terdiri dari "beribu" renggangan kecil dan gelang (''ringlets''). Struktur ini dipercayai terbentuk akibat tarikan graviti bulan-bulan Zuhal melalui pelbagai cara. Sesetengah ruang terhasil akibat laluan bulan kecil seperti [[bulan Pan|Pan]], dan banyak lagi ruang yang belum dijumpai, sementara sesetengah gelang kecil dikekalkan oleh medan graviti satelit penggembala kecil seperti [[bulan Prometheus|Prometheus]] dan [[bulan Pandora|Pandora]]. Ruangan lain terbentuk akibat "getaran" antara tempoh orbit zarah direnggang dengan bulan yang lebih besar yang terletak lebih jauh; [[bulan Mimas|Mimas]] mengekalkan renggangan Cassini melalui cara ini. Malah lebih berstruktur dalam gelang sebenarnya terdiri dari gelombang berputar yang dihasilkan oleh ganguan graviti bulan secara berkala.
 
=== Jejari gelang ===
[[Fail: Voyager ring spokes.jpg|thumb|right|200px|Jejari dalam gelang B, imej oleh ''[[Voyager 2]]'' pada tahun [[1981]].]]
Sehingga [[1980]], struktur gelang dijelaskan sepenuhnya sebagai tindakan kuasa graviti. Kapal angkasa ''Voyager'' menjumpai ciri-ciri jejari gelap (''dark radial'') dalam gelang B, dikenali sebagai ''paksi'', yang tidak dapat dijelaskan melalui cara ini, disebabkan ketegaran mereka dan pusingan mengelilingi gelang yang tidak selari dengan mekanik orbit. Ia dianggap bahawa mereka berkait dengan interaksi eletromagnet, kerana ia berputar hampir sejajar dengan ''magnetosfera'' Zuhal. Bagaimanapun, mekanisma sebenar paksi (''spokes'') tersebut masih belum diketahui.
Baris 32:
 
[[be-x-old:Кольцы Сатурна]]
[[bo:སྤེན་པའི་གདུབ་ཀོར།]]
[[ca:Anells de Saturn]]
[[cs:Prstence Saturnu]]