Ketuanan Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Image:Hisham Keris.jpeg|thumb|200px|Ketua Pemuda [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu|Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)]] [[Hishammuddin Tun Hussein]] mengayun-ayunkan [[keris]] untuk mempertahankan '''Ketuanan Melayu'''.]]
 
'''Ketuanan Melayu''' ialah konsep [[perkaumankontrak sosial]] yang mendakwa bahawa orang [[Melayu]] adalah tuan kepada [[Persekutuan Tanah Melayu ]] (sekarang) [[Malaysia ]]. Orang [[Cina Malaysia|Cina]] dan [[orang India Malaysia|India]] di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara [[Persekutuan Tanah Melayu]] (sekarang) [[Malaysia]] sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam [[Perkara 153 Perlembagaan Malaysia|Perkara 153]] Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) [[Malaysia)]]. Persetujuan ''[[quid pro quo]]'' atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil [[kontrak sosial (Malaysia)|kontrak sosial]]. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu]] yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.
 
Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti [[Parti Tindakan Demokratik|Parti Tindakan Demokratik (DAP)]], tetapi sebelum kemerdekaan orang [[Baba dan Nyonya]] juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan [[Malayan Union]] dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh [[Parti Tindakan Rakyat|Parti Tindakan Rakyat (PAP)]] dari [[Singapura]] — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas [[Peristiwa 13 Mei|rusuhan kaum]] [[Mei 13]], [[1969]] yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan [[Ultra (Malaysia)|''ultra'']] yang <!--advocate in English is membicarakan the right word? I thought of menyokong but it doesn't have the same meaning to me anyway-->mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan "orang asal" Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.