Ular Tedung: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: sw:Cobra
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 17:
'''Ular Tedung''' adalah [[ular]] berbisa beberapa genus dari keluarga [[Elapidae]]. Ia biasanya terdapat di kawasan tropika dan bergurun di [[Asia]] dan [[Afrika]]. Ular tedung membunuh mangsa mereka, biasanya [[burung]] dan [[tikus]] kecil, dengan menyuntik [[neurotoksin]] melalui taring berliang mereka. [[Ular Tedung Selar]] terkenal kerana makan ular yang lain; ia makan hampir sepenuhnya ular yang lain, walaupun ular berbisa ([[ofiofagi]]). Ular tedung sembur juga mampu melemahkan mangsa dengan menyembur bisa pada mata mangsa. Ular tedung terdapat dalam pelbagai warna daripada hitam atau perang gelap dan putih kekuningan. Ular tedung hitam terdapat di India Utara dan dianggap sub-spesies ular tedung.
 
Sifat ular tedung yang paling dikenali adalah [[hud]], kepingan kulit dan otot dibelakangdi belakang kepala yang boleh dikembangkan, kemungkinannya bertujuan menjadikan dirinya kelihatan lebih besar dan mengerunkan kepada pemangsa. Pemangsa ular tedung termasuk [[cerpelai]] dan sesetengah [[burung pemangsa]].
 
"Cobra" adalah is istilah bahasa Portugis bagi ular; ia di ambil dari perkataan [[Latin]] akhir ''*colobra'' (bagi klasik ''coluber'', ''colubra''). Apabila juragan Portugis tiba di persisiran Afrika dan Asia Selatan pada [[abad ke 16]], mereka menamakan cobra sebagai "cobra-capelo" = "ular-bertudung"; dari gabungan ini, nama tersebut diserap oleh [[bahasa Sepanyol]], [[Bahasa Perancis|Perancis]], [[Bahasa Inggeris|Inggeris]], dan bahasa Eropah lain.