Perbezaan antara semakan "Ub Iwerks"

19 bait ditambah ,  11 tahun lalu
k
tiada ringkasan suntingan
(Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox Actor | bgcolour = silver | name = Ub Iwerks | image = Ub-iwerks.jpg | caption = Gambar foto (c. 1929) Ub Iwerks bersama lukisan Mickey Mouse. | ...')
 
k
| name = Ub Iwerks
| image = Ub-iwerks.jpg
| caption = Gambar foto publisiti (c. 1929) Ub Iwerks bersama lukisan [[Mickey Mouse]].
| birthname = Ubbe Ert Iwwerks
| birthdate = {{birth date|1901|3|24|mf=y}}
 
==Kerjaya==
Iwerks dianggap ramai sebagai sahabat paling akrab kepada Walt Disney, dan menghabiskan kebanyakan kerjayanya bersama Disney. Mereka berdua mula berkenalan pada tahun 1919 ketika bekerja di Studio Seni Pesman Art di Bandaraya Kansas,<ref name="gabler46">Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), pms. 46.</ref> lalu memulakan perniagaan seni komersil bersama-sama.<ref name="gabler47">Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), pms. 47-50.</ref> Kemudian, Disney dan Iwerks bekerja sebagai pengilustrasi untuk Kansas City Slide Newspaper Company<ref name="gabler50">Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), pms. 50.</ref> (kemudian dinamakan The Kansas City Film Ad Company).<ref name="gabler56">Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), pms. 56.</ref> Ketika bertugas di Kansas City Film Ad Company, Disney memutuskan untuk beralih ke bidang animasi,<ref name="gabler58">Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), pms. 58.</ref> lalu disertai oleh Iwerks.
 
Iwerks bertanggungjawab atas gaya tersendiri yang kelihatan pada [[kartun animasi]] Disney yang terawal, termasuk rekaan Mickey Mouse. Pada tahun 1922, apabila Walt memulakan siri kartun [[Laugh-O-Gram Studio|Laugh-O-Gram]], Iwerks menyertainya sebagai ketua juruanimasi. Malangnya, studio Laugh-O-Gram muflis, tetapi pada tahun 1923, Iwerks setia menyertai perpindahan Disney ke Los Angeles untuk mengusahakan siri kartun baru yang dikenali sebagai ''[[Alice Comedies]]''. Selepas siri Alice berakhir, Disney meminta Iwerks untuk mereka watak baru. Kartun sulung [[Oswald the Lucky Rabbit]] dianimasi sepenuhnya oleh Ub Iwerks. Selepas kartun pertama itu, Oswald direka semula atas desakan Universal, yang akhirnya bersetuju untuk mengedarkan siri kartun baru berkenaan pada tahun 1927.
 
Pada musim bunga tahun 1928, Disney kehilangan hak milik watak Oswald, lebih-lebih lagi kehilangan ramai pekerjanya; tidak lama kemudian Disney berpisah dari Universal.<ref name="gabler109">Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), ms. 109.</ref> Disney meminta Iwerks yang masih setia bersamanya untuk melukis idea watak baru. Iwerks mencuba lakaran katak, anjing dan kucing, tetapi semua ini gagal memikat hati Disney. Antara watak-watak yang ditolak itu termasuk lembu betina dan kuda jantan; lama-kelamaan watak-watak tersebut diambil semula sebagai [[Clarabelle Cow]] dan [[Horace Horsecollar]].<ref>Kenworthy, John; ''The Hand Behind the Mouse,'' Disney Editions: New York, 2001. pms. 53.</ref> Akhirnya, Ub Iwerks mendapatkan ilham dari gambar lama. Pada tahun 1925, [[Hugh Harman]] melukis beberapa lakaran tikus di keliling sehelai gambar foto Walt Disney. Inilah ilham kepada Ub Iwerks untuk mencipta watak tikus baru untuk Disney, iaitu [[Mickey Mouse]].<ref>Kenworthy, John; ''The Hand Behind the Mouse,'' Disney Editions: New York, 2001. pms. 54.</ref>
 
Kartun-kartun terawal Mickey Mouse dan Silly Symphonies dianimasi hampir sepenuhnya oleh Iwerks. Bagaimanapun, semakin banyak kartun yang dilukis oleh Iwerks setiap hari, semakin sukar untuk dirinya memenuhi tuntutan Disney yang makin payah;<ref name="gabler143">Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), pms. 143.</ref> apatah lagi, Iwerks merasa dirinya tidak dihargai atas sumbangannya dalam menjayakan kartun Walt Disney.<ref name="gabler144">Neal Gabler, "Walt Disney:The Triumph of the American Imagination" (2006), pms. 144.</ref> Lama-kelamaan, persahabatan Iwerks dan Disney semakin tegang dan akhirnya terputus apabila Iwerks menerima kontrak dari seorang pesaing Disney, iaitu [[Pat Powers (ahli perniagaan)|Pat Powers]] untuk meninggalkan Disney dan membuka studio animasi baru yang membawa namanya. (Powers dan Disney sebelum ini berselisih kerana Disney menggunakan sistem [[filem berbunyi|pembunyian filem]] Powers Cinephone—yang sebenarnya ditiru oleh Powers dari [[Lee De Forest|DeForest]] [[Phonofilm]] tanpa penghargaan—untuk kartun-kartun terawal Disney.)
[[Image:Sinbadthesailor01.jpg|thumb|right|250px|<center>Sinbad the Sailor - 1935</center>]]
Studio Iwerks Studio dibuka pada tahun 1930. Pihak penyokong kewangan pimpinan Pat Powers merasai bahawa Iwerks bertanggungjawab atas kebanyakan kejayaan awal Disney. Walaupun perniagaan animasi Disney terkena tempias dari pemergian Iwerks, namun akhirnya pulih sebaik Disney membawa masuk bakat juruanimasi baru.
16,629

suntingan