Siti Ashah Ghazali: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan 'Siti Aishah Ghazali Siti Aishah Ghazali dilahirkan pada 3 Oktober 1962 di Pondok Jeniang, Gurun, Kedah Darul Aman. Beliau menerima...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 08:34, 7 April 2010

Siti Aishah Ghazali

Siti Aishah Ghazali dilahirkan pada 3 Oktober 1962 di Pondok Jeniang, Gurun, Kedah Darul Aman. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jeneri, Sik, dari tahun 1969 sehingga tahun 1971 dan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Cemara, Jeniang. Pada tahun 1973, beliau bertukar pula ke Sekolah Kebangsaan Paya Mengkuang, Gurun, Kedah selama 2 tahun. Seterusnya beliau telah menyambung pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Taufiqiah Khairiah Halimiah, Batu 16, Padang Lumat dari tahun 1975 hingga tahun 1981. Pada tahun 1988, beliau telah dianugerahkan Diploma Tasawwur Islam oleh ILHAM.

Kerjaya :


- Guru Agama Sek. Keb. Permatang Tok Dik, Padang Serai, Kedah (1988-1985) - Guru Agama (Sandaran) Sek. Keb. Bukit Selarong, Padang Serai, Kedah (1986) - Guru Fardhu Ain Masjid dan Surau - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan