Perbezaan antara semakan "Pulau Banggi"

Saiz tidak berubah ,  10 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
k (bot mengubah: en:Banggi Island)
'''Pulau Banggi''' merupakan pulau kecil yang terletak berdekatan dengan daerah [[Kudat]], [[Sabah]], [[Malaysia]]. Keluasan sebesar 440.7 kilometer persegi merupakan pulau yang terbesar di Malaysia , diikuti dengan [[Pulau Langkawi]] dan [[Pulau Pinang]].
 
Pulau Banggi terletak di utara [[Sabah]] dan berdekatan dengan [[Teluk Marudu]]. Ketinggian tertinggi pulau ini adalah sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Sibumbung dengan ketinggian 529 meter. Pusat Pentadbiran Pulau Banggi ialah Pekan Karakit dan di Pekan ini ditempatkan Pejabat Daerah Banggi, Rest House, Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA dan rumah-rumah penduduk kampung. penduduk Pekan ini dianggarkan 1000 orang.Penduduk utama Pulau Banggi ialah suku kaum Ubian dan Orang Asli "Bonggi". Terdapat juga lain-lain kaum iaitu orang sulukbajau, Kagayan dan Bajau.
 
Dalam tahun 2003 anggaran penduduknya ialah 20,000. [[Pulau Sebogoh]] yang merupakan sebahagian pulau-pulau kecil Pulau Banggi merupakan pulau yang paling hampir dengan sempadan Malaysia-[[Filipina]].
Pengguna awanama