Arus terus: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: su:Arus listrik saarah
Xqbot (bincang | sumb.)
Baris 1:
'''Arus terus''' ('''DC, juga AT''') merujuk kepada [[arus elektrik]] yang mengalir sehala. Arus terus dihasilkan daripada pelbagai sumber seperti [[bateri]], [[termogandingan]], [[sel suria]] serta [[dinamo]] jenis komutator. Di dalam arus terus, [[cas elektrik]] mengalir pada arah yang tetap, berbeza dengan [[arus ulang-alik]] (AC).
 
[[ImageFail:Current rectification diagram.png|right|222px|thumb|Jenis-jenis arus terus.]]
 
Arus terus juga boleh diperolehi daripada bekalan arus ulang-alik dengan menggunakan [[diod]] atau rektifier yang membenarkan arus mengalir sehala sahaja. Arus terus juga boleh ditukar kembali ke arus ulang-alik dengan menggunakat inverter ataupun set motor-penjana.
Baris 9:
Arus terus digunakan untuk mengecas bateri, serta pada hampir kesemua sistem elektronik seperti pada sistem bekalan kuasa. Kuasa elektrik arus terus pada kuantiti yang besar digunakan dalam penghasilan [[aluminium]] daripad bijihnya serta proses [[elektrokimia]] yang lain. Sistem penghantaran arus terus voltan tinggi (HVDC) digunakan dalam penghantaran pukal bekalan elektrik merentasi jarak yang sangat jauh ataupun untuk menghubungkan antara dua grid arus ulang-alik yang berjiran.
 
== Pelbagai definisi ==
 
Dalam [[kejuruteraan elektrik]], istilah ''DC'' digunakan bagi merujuk kepada sistem kuasa dengan hanya satu kekutuban voltan atau arus, serta merujuk kepada lawannya, berfrekensi sifar, ataupun nilai min setempat bagi voltan atau arus yang berubah secara perlahan.<ref>{{cite book | title = Newnes Dictionary of Electronic | author = Roger S. Amos, Geoffrey William Arnold Dummer | publisher = Newnes | year = 1999 | isbn = 0750643315 | url = http://books.google.com/books?id=c4qHqtC9JkgC&pg=PA83&dq=dc+zero-frequency&lr=&as_brr=3&ei=wYWfSKqSE5CKtAPH_q2eBQ&sig=ACfU3U3FOU9Uvk4wRAj2tBTa-zlD86YyHg#PPA83,M1 }}</ref> Contohnya, voltan yang merentasi punca voltan DC adalah malar sebagaimana arus merentasi punca arus DC. Penyelesaian DC bagi litar elektrik ialah penyelesaian di mana semua voltan dan arus adalah malar.
 
Walaupun DC bermasud "''Arus'' Terus", DC kadang-kala merujuk kepada "kekutuban malar". Melalui definisi ini, voltan DC boleh '''berubah mengikut masa''', seperti keluaran mentah daripada rektifier ataupun isyarat bunyi yang berubah-ubah melalui talian telefon
Baris 17:
Sesetengah bentuk DC (seperti yang dihasilkan pada alat kawalan voltan) mempunyai [[voltan]] yang hampir malar, tetapi masih mempunyai perubahan pada keluaran kuasa dan arus.
 
== Aplikasi ==
Pemasangan arus terus biasanya mempunyai set soket, suis serta peralatan yang berbeza, selalunya disebabkan voltan yang rendah. Adalah penting bagi peralatan arus terus untuk tidak menterbalikkan kekutuban kecualilah jika peralatan tersebut mempunyai titian diod untuk memperbetulkannya (kebanyakan peralatan berkuasa bateri tiada titian diod).
 
[[ImageFail:Direct current symbol.svg|right|200px|thumb|Simbol pada peralatan elektronik yang memerlukan atau menghasilkan arus terus.]]
 
DC biasanya didapati pada aplikasi [[voltan]] rendah, terutamanya yang berkuasa [[bateri]], yang hanya boleh menghasilkan DC, ataupun sistem [[kuasa suria]], memandangkan [[sel suria]] hanya menghasilkan DC. Kebanyakan aplikasi automotif menggunakan DC, walaupun [[pengulangalik]] ialah peranti AC yang menggunakan rektifier untuk menghasilkan DC. Kebanyakan litar [[elektronik]] memerlukan bekalan kuasa CD. Aplikasi menggunakan [[sel bahan api]] (mencampurkan hidrogen dengan oksigen bersama untuk menghasilkan elektrik dan air) juga hanya menghasilkan DC.
Baris 30:
Rel ketiga yang dikenakan bekalan elektrik boleh digunakan untuk membekalkan kuasa kepada sistem [[alihan laju]] serta kereta api elektrik atas tanah.
 
== Lihat juga ==
 
* [[Arus ulang-alik]]
* [[Perang Arus Elektrik]]
 
== Rujukan ==
 
<references/>
 
== Pautan luar ==
* "''[http://www.pbs.org/wgbh/amex/edison/sfeature/acdc.html AC/DC: Apa Perbezaannya]?''".
 
Baris 70:
[[lv:Līdzstrāva]]
[[hu:Egyenáram]]
[[ml:നേര്‍ധാരാ വൈദ്യുതി]]
[[nl:Gelijkstroom]]
[[ja:直流]]