Perang Punic Ketiga: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zamwan (bincang | sumb.)
Zamwan (bincang | sumb.)
Baris 36:
Pada tahun 149 SM, Rom mengistiharkan perang ke atas Carthage. Carthage membuat beberapa siri cubaan untuk memenuhi tuntutan Rom, dan menerima janji sekiranya 300 orang kanak-kanak Carthage dihantar ke Rom, Carthage akan kekal memiliki hak-haknya ke atas tanah dan pemerintahan sendiri. Meskipun semua ini dilakukan, kota-kota sekutunya iaitu [[Utica, Tunisia|Utica]] membelot kepada Rom, dan tentera Rom seramai 80,000 orang berkumpul di sini.<ref name=scully/> Para [[Consul]] kemudian menuntut agar Carthage menyerahkan semua senjata dan perisai. Selepas kesemua ini diserahkan, Rom menambah agar rakyat Carthage bergerak sekurang-kurangnya 10 batu ke pedalaman, sementara kota pula dibakar. Apabila rakyat Carthage mendengar perkara ini, mereka meninggalkan rundingan dan serta merta kotanya dikepung, memulakan Perang Punic Ketiga.
 
Carthage [[Pertempuran Carthage (sekitar 149 SM)|dikepung]] bermula pada sekitar 149 SM sehingga musim bunga pada 146 SM, apabila [[Scipio Aemilianus]] mengambil alih kota dengan serbuan. Meskipun rakyat Punic berlawanmelawan dengan gagah berani, mereka secara berperingkat diundurkan oleh pasukan tentera besar tentera Rom dan dimusnahkan.
 
==Aftermath==