Wikipedia:Polisi lanjutan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alistair (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
sockpuppetry = boneka stokin
Baris 6:
===Pengenalan masalah===
 
Polisi dan garis panduan merupakan tulang belakang kepada pentadbiran dan pergerakan Wikipedia Melayu yang berkesan dan cekap. TampanyaTanpa peraturan yang jelas mengenai cara dan amalan di Wikipedia Melayu yang diberikan melalui polisi dan garis panduan, sudah tentu akan wujudnya keadaan huru-hara yang akan menjejaskan kepentingan semua pengguna dan seterusnya melumpuhkan Wikipedia Melayu itu sendiri.
 
Akan tetapi, meskipun Wikipedia Melayu telahpun mempunyai [[Wikipedia:Polisi dan garis panduan|polisi dan garis panduannya yang tersendiri]] sebagai rujukan kepada, apakah ituperkara yang wajar ataupun tidak di Wikipedia ini yang sentiasa dicadang, diolah, digubal atau dimansuhkan oleh semua pengguna di [[Wikipedia:Kedai Kopi|Kedai Kopi]] dengan undian selaras dengan prinsip demokrasi, ia masih tidak cukup bagi menghadapi cabaran-cabaran dan masalah-masalah jenis terbaru yang muncul pada setiap masa. Umumnya semua mengetahui bahawa Wikipedia Melayu sebagai satu laman web di Internet tertahluktertakluk kepada semua permasalahan Internet, sama ada ia amumum atau khusus kepada Wikipedia, dan beginilah juga keadaannya pada Wikipedia versi bahasa-bahasa yang lainnya juga. Wikipedia versi bahasa Inggeris pula, sebagai satu portal yang besar dan dinamik, sentiasa membalas cabaran terbaru dengan polisi atau garis panduan yang baru dalam masa yang singkat atau pantas. Wikipedia versi bahasa Melayu pula masih belum mampu mencapai tahap kedinamikan ini. Misalnya, apakah polisi dan garis panduan yang akan beraplikasi kepada pengguna "''sockpuppet''" di portal ini sedangkan polisi atau garis panduan mengenainya belum wujud? Sedangkan Wikipedia versi bahasa Inggeris telah punyaipun mempunyai satu garis panduan bagi masalah ini bertajuk ''[[:en:Wikipedia:Sockpuppetry|Sockpuppetry]]'', tiada garis panduan yang sama di portal Melayu, dan ini mewujudkan masalah apabila satu kes ''sockpuppetry'' muncul. Terjemahan garis panduan itu pula mengambil masa di samping mewujudkan masalah terjemahan kerana bahasa Melayu sendiri pun masih tidak mempunyai satu perkataan yang diketahui untuk perkataan Inggeris ''sockpuppetry''. Ini merupakan hanya satu contoh keadaan daripada kekurangan banyak lagi polisi dan garis panduan yang Wikipedia bahasa Melayu hadapi dan, kalau terbiar tampa satu rangka kerja untuk menyelesaikannya, mungkin melumpuhkan. Dalam istilah undang-undang, keadaan ini disebut ketiadaan undang-undang tempatan bagi satu keadaan, ataupun ''lacuna''.
 
Di samping ini, satu lagi masalah yang wujud adalah dengan penubuhan [[Wikipedia:Kedutaan|kedutaan]], sudah tentu Wikipedia versi bahasa Melayu bakal mendapat banyak kunjungan daripada Wikipedia yang lainnya, dan keperluan polisi dan garis panduan di kedutaan untuk meregulasi peraturan yang beraplikasi di sana. Adalah tidak adil kepada mereka untuk menanggap polisi dan garis panduan Wikipedia Melayu berkuatkuasa ke atas mereka, kerana sebagai pengunjung asing, kebanyakkannya tidak memahami bahasa Melayu.
Baris 29:
*'''2. Yang lapuk kerana polisi atau garis panduan tempatan sudah ada dan cukup jelas -''' Di mana polisi atau garis panduan mengenai sesuatu perkara telah pun wujud dan cukup jelas serta spesifik, pengaplikasian polisi atau garisan panduan tidak perlu dan adalah '''dilarang'''. Misalnya dengan adanya [[Wikipedia:Pandangan berkecuali]], polisi ''[[:en:WP:NPOV|Neutral point of view]]'' tidak diperlukan.
 
*'''3. Yang berkonflik dengan polisi atau garis panduan tempatan, atau yang melanggar adat resam tempatan -''' Apabila suatu polisi atau garis panduan Wikipedia Inggeris berkonflik dengan polisi atau garisan panduan sedia ada, atau berlanggaran dengan adat resam tempatan Wikipedia Melayu iaitu adat Melayu dan ajaran Islam, secara langsung ia tidak akan mempunyai apa-apa kesan penguatkuasaan di Wikipedia Melayu. Satu contoh garis panduan sebegini adalah [[:en:Wikipedia:Ignore all rules|polisi jangan menghirau peraturan]] yang telahpun dihampuskandihapuskan versi Melayunya. Satu lagi contoh adalah [[:en:Wikipedia:Manual of Style (Islam-related articles)|manual gaya penulisan rencana berkaitan Islam]] yang jelas melanggar adat Melayu menghormati agama serta ajaran Islam. Penguatkuasaan polisi sebegini di Wikipedia Melayu adalah '''dilarang'''.
 
*'''4. Yang dikenalpasti pengaplikasiannya tidak dikehendaki komuniti tempatan -''' Jika komuniti Wikipedia Melayu menyetujui bahawa sesuatu polisi atau garis panduan Wikipedia Inggeris tidak sesuai atau tidak dikehendaki, mereka secara proses undian boleh mengistiharkan polisi/garis panduan berkenaan sebagai '''batal''' di Wikipedia Melayu. Sebarang pembatalan boleh dicadang dan diundi di [[Wikipedia:Kedai Kopi|Kedai Kopi]]. Jika undian berkenaan lulus, polisi berkenaan akan disahkan batal dan disenaraikan di sini untuk rujukan.