Perbezaan antara semakan "Fokker"

4 bait ditambah ,  14 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
k (robot Adding: no)
 
== Sejarah ==
Syarikat ini didirikan pada 21 Julai 1919 oleh seorang Belanda, Anthony Fokker ([[1890]]–[[1939]]), salah seorang daripada peneroka penerbangan dunia. Pada usia 20, dia telah membina kapal terbang pertamanya, ''Spin'' ([[labah-labah]]), kapal terbang binaan Belanda yang pertama terbang dinegara asalnya. Pada tahun [[1912]], dia menubuhkan syarikat pertamanya, ''Fokker Aeroplanbau'' di [[Berlin]], [[Jerman]], kemudian berpindah ke [[Schwerin]].
 
Di sana, Fokker membina kapal terbang bagi pihak [[tentera]] Jerman semasa [[Perang Dunia I]], dipaksa sebagai rakan kongsi [[Hugo Junkers]] oleh kerajaan Jerman. Dia mencipta nama dengan kapal terbangnya [[Fokker E.III]], yang menggunakan mekanisma yang membenarkan juruterbang menggunakan mesingan di kapal terbang mereka tanpa memusnahkan kipas mereka (menggunakan [[peralatan ganggu]]), [[Fokker D.VII]], dan [[Fokker Dr.I]] tiga sayap yang terkenal kerana pernah digunakan oleh [[Manfred von Richthofen]], lebih dikenali sebagai ''Baron Merah''.
245,304

suntingan