Salleh Ghani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Salleh Ghani dilahirkan di Muar, Johor pada 3 Disember 1923. Selepas tamat persekolahan, Salleh Ghani menjadi guru untuk beberapa tahun sebelum berhijrah ke Singapura selepas Perang Dunia Kedua untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang penulis buku. Hidupnya di Singapura dimulakan dengan pelbagai kerja termasuk menjadi guru di Sekolah Batu Penggaram. Masa lapangnya dipenuhi dengan menulis novel termasuk yang bercorak panas dan sensasi.
 
Nama Salleh Ghani mula mendapat perhatian ramai apabila menjadi editor kepada sebuah majalah hiburan yang diterbitkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ironinya Salleh Ghani memimpin majalah yang diberi nama HuwitaJuwita itu dari rumahnya di Singapura.Salleh juga pernah menjadi wartawan di Singapura ketika krisis 'Natrah'.Beliau adalah penulis buku atau Novelis seangkatan Arenawati dan Keris Mas.
 
Salleh mula melangkah ke dunia filem pada tahun 1947 apabila dipilih berlakon dalam filem "Seruan Merdeka" yang diarahkan oleh H.M Chisty keluaran Malayan Arts Production Company.