Perbincangan:Peristiwa 13 Mei: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Master2841 (bincang | sumb.)
k Suntingan 219.95.56.73 dikembalikan ke versi terakhir oleh Master2841
Baris 1:
"Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri." menggunakan istilah "orang Melayu miskin di TANAH AIR mereka" bagaimana dengan Orang Asli yang tetap tinggal di Semenanjung Malaysia???
 
Orang Asli dianggap sebagai golongan bumiputera dan diberikan keistimewaan yang sama dengan golongan bumiputera yang lain + keistimewaan lain. Sebagai contoh bekalan eletrik secara solar kendiri (stand alone solar power) disediakan secara percuma. Rawatan perubatan percuma, sekolah yang jauh di dalam hutan disediakan secara percuma, walaupun dengan bilangan pelajar yang jauh rendah berbanding sekolah dalam bandar, mereka masih berjaya menjadi doktor dan jurutera (baca akhbar). Selain itu milik mereka keatas tanah adat dan kawasan yang merupakan tempat tinggal secara turun temurun dilindungi melalui undang-undang. Pemilikan ini berdasarkan bukti mereka telah menetap dikawasan tersebut selama beberapa keturunan. Pada tahun lepas, dalam satu kes, orang asli berjaya menghalang sebuah syarikat & Majlis bandaran daripada menebang/mengambil tanah mereka kerana berjaya membuktikan mereka telah lama tinggal dikawasan tersebut melalui bukti tapak pengkebumian. Saya tidak ingat perincian kes ini, siapa yang tahu boleh meletakkan maklumat tersebut di sini. Keistimewaan ini tidak bererti wang akan diberikan secara percuma, semua masih perlu berusaha, cuma mereka dilindung daripada ditindas oleh tindakan monopoli.
[[Pengguna:Yosri|Yosri]] 04:56, 15 Mac 2006 (UTC)
 
Pada tahun 1957 pembabitan ekonomi Melayu sekitar 2%. Pada 1969 pembabitan ekonomi hanya 5%. Ini mendorong kepada NEP yang bertujuan meningkatkan ekonomi pribumi termasuk orang asli kepada 30% (persendirian) yang masih gagal dicapai sehingga kini. [[Pengguna:Yosri|Yosri]] 11:36, 15 Mac 2006 (UTC)
Kembali ke laman "Peristiwa 13 Mei".