Parti Kebangsaan Sarawak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 18:
'''Parti Kebangsaan Sarawak''' ([[bahasa Inggeris]]: ''Sarawak National Party''; singkatan: '''SNAP''') ditubuhkan pada [[10 April]] [[1961]] di [[Betung]] oleh sekumpulan pekerja [[Shell]] yang berketurunan [[Iban]] yang berasal dari [[Saribas]] dan pekerja [[Shell]] di [[Brunei]] dan kawasan yang berdekatan dengan [[Sarawak]].
 
Pengerusi yang pertama ialah [[J.S. Tinker]] dan Setiausaha Agung PartiSNAP pertama ialah [[Stephen Kalong Kingkan]], seorang pembantu hospital [[Syarikat Shell Brunei]].
 
Penubuhan SNAP memberi pilihan kepada kaum [[Dayak]] bergerak dalam bidang politik, terutamanya kepada mereka yang tidak berminat menyertai mana-mana parti lain. SNAP ditubuhkan sebagai reaksi kaum [[Dayak]] terhadap penubuhan [[SUPP]], [[PANAS]] dan [[Barjasa]] kerana sebagai kaum terbesar di Sarawak, kaum Dayak merasakan perlu untuk menubuhkan sebuah parti politik sendiri.
 
Pada dasarnya, perjuangan SNAP bertujuan untuk menjaga kepentingan kaum Iban, walaupun terdapat sebilangan kecil kaum [[Bidayuh]] yang menyertai parti itu. Kaum Iban merasakan kepentingan mereka kurang mendapat perhatian parti-parti politik yang sedia ada di Sarawak. Oleh itu, mereka mengusahakan penubuhan SNAP (Leigh, 1988:32-5) (Ruslan Zainuddin, 2000:486). Ia telah menjadi salah sebuah parti komponen [[Barisan Nasional]] semenjak penubuhan gagasan [[Malaysia]].
 
Pengerusi SNAP kini ialah [[Edwin Dundang Bugak]] yang menyebabkan penyingkiran dari [[Barisan Nasional]] pada 2006 dan telah bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2006 dengan tiket sebagai [[Pembangkang (Malaysia)|pembangkang]].