Parti Kebangsaan Sarawak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 18:
'''Parti Kebangsaan Sarawak''' ([[bahasa Inggeris]]: ''Sarawak National Party''; singkatan: '''SNAP''') ditubuhkan pada [[10 April]] [[1961]] di [[Betung]] oleh sekumpulan pekerja [[Shell]] yang berketurunan [[Iban]] yang berasal dari [[Saribas]] dan pekerja [[Shell]] di [[Brunei]] dan kawasan yang berdekatan dengan [[Sarawak]].
 
Pengerusi yang pertama ialah [[J.S. Tinker]] dan Setiausaha Agung SNAP pertama ialah [[Stephen Kalong Kingkan]] seorang pembantu hospital [[Syarikat Shell Brunei]] yang kemudiannya menjadi presiden SNAP dan Ketua Menteri Sarawak yang pertama.
 
Penubuhan SNAP memberi pilihan kepada kaum [[Dayak]] bergerak dalam bidang politik, terutamanya kepada mereka yang tidak berminat menyertai mana-mana parti lain. SNAP ditubuhkan sebagai reaksi kaum Dayak terhadap penubuhan [[SUPP]], [[PANAS]] dan [[Barjasa]] kerana sebagai kaum terbesar di Sarawak, kaum Dayak merasakan perlu untuk menubuhkan sebuah parti politik sendiri.
 
Pada dasarnya, perjuangan SNAP bertujuan untuk menjaga kepentingan kaum Iban, walaupun terdapat sebilangan kecil kaum [[Bidayuh]] yang menyertai parti itu. Kaum Iban merasakan kepentingan mereka kurang mendapat perhatian parti-parti politik yang sedia ada di Sarawak. Oleh itu, mereka mengusahakan penubuhan SNAP (Leigh, 1988:32-5) (Ruslan Zainuddin, 2000:486). Ia telah menjadi salah sebuah parti komponen [[Barisan Nasional]] semenjak penubuhan gagasan [[Malaysia]].
 
==Krisis Perpecahan==
Pada 1962, setahun selepas penubuhan SNAP, Thomas Kana, seteru lama [[Stephen Kalong Kingkan]] semasa mereka berkhidmat di hospital [[Kuala Belait]] [[Brunei]], telah membantu menubuhkan [[Parti Pesaka Anak Sarawak]] (PESAKA) sebuah lagi parti kaum [[Iban]] yang kemudiannya bergabung dengan [[Barisan Rakyat Jati Sarawak]] (BARJASA) dan [[Parti Negara Sarawak]] (PANAS) untuk membentuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
 
Pada 1983, Datuk Amar Dr. [[Leo Moggie Anak Irok]] bersama [[Daniel Tajem]] setelah gagal menjatuhkan Datuk Amar [[James Wong Kim Min]] dan berpecah dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah menubuhkan parti serpihan [[Parti Bansa Dayak Sarawak]] (PBDS).
 
Pada
 
Pengerusi SNAP kini ialah [[Edwin Dundang Bugak]] yang menyebabkan penyingkiran dari [[Barisan Nasional]] pada 2006 dan telah bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2006 dengan tiket sebagai [[Pembangkang (Malaysia)|pembangkang]].