Perbezaan antara semakan "Pemberontakan Mexico"

 
===Kemenangan pemberontakan===
Pada 14 November 1910, Toribio Ortega dan sekumpulan pengikut yang kecil bersenjata di [[Cuchillo Parado]], negeri [[Chihuahua]]. Pada 18 November, pihak-pihak berkuasa Diaz mendedahkan persediaan untuk pemberontakan di dalam rumah adik beradik Maximo dan Aquiles Serdan di [[Puebla]], dan mereka dihukum mati. Di [[Chihuahua]], Madero dapat memujuk Pascual Orozco dan [[Francisco Villa]] untuk menyertai pemberontakan. Walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman [[tentera]], Orozco dan Villa terbukti mampu menjadi ahli strategi yang cemerlang. Mereka memperoleh kesetiaan penduduk Mexico Utara yang amat tidak puas hati dengan [[peladang ternak]] dan [[tuan tanah]] yang menguasai kawasan utara.
 
Pada bulan Mac [[1911]], [[Emiliano Zapata]] mengetuai pemberontakan petani Morelos untuk menuntut hak untuk tanah dan air tempatan. Pada waktu yang sama, pemberontakan bersenjata bermula di banyak bahagian yang lain di seluruh negara. Askar-askar "Maderista" dan kemarahan negara yang mengilhami mereka menewaskan angkatan tentera Diaz dalam jangka masa enam bulan. Kemenangan Pemberontakan Mexico yang muktamad ialah penangkapan Ciudad Juarez di seberang sungai dari [[El Paso]] oleh Orozco dan Villa. Diaz meletakkan jawatan sebagai [[Presiden]] dan melarikan diri ke [[Perancis]] di mana beliau meninggal dunia pada tahun [[1915]].
 
Dengan kejatuhan rejim Diaz, Kongres Mexico memilih Francisco Leon De La Barra sebagai Presiden Sementara dan mengadakan pilihan raya umum yang popular. Francisco I. Madero dipilih sebagai Presiden dan Jose Maria Pino Suarez sebagai Naib Presidennya.
2,261

suntingan