Zaid Ibrahim: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Che090572 (bincang | sumb.)
Che090572 (bincang | sumb.)
Baris 77:
===Bayaran ex gratia===
Pada [[22 Mac]] 2008, Zaid Ibrahim, yang baru lima hari dilantik sebagai menteri kabinet bertanggungjawab bagi badan kehakiman, mencadangkan agar kerajaan [[Malaysia]] meminta maaf kepada mereka yang dikatakan menjadi mangsa dalam [[Krisis Perlembagaan Malaysia 1988]] yang membawa kepada pemecatan [[Salleh Abas|Tun Salleh Abas]] dan lima hakim Mahkamah Agung — Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh, Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh dan Datuk George Seah<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0322&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&pg=bt_09.htm&arc=hive Kerajaan BN harus mohon maaf pecat Salleh Abas], ''Utusan Malaysia'', [[22 Mac]] 2008</ref>. Beliau mencadangkan supaya dilakukan reformasi dalam bidang kehakiman untuk mengembalikan kembali kebebasan kehakiman yang dilihat sudah tercalar akibat krisis 1988<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0330&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_05.htm&arc=hive Era campurtangan eksekutif sudah tamat], ''Utusan Malaysia'', [[30 Mac]] 2008</ref>. Zaid kesal dengan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada Tun [[Salleh Abas]], Tan Sri Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcadeer, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri George Seah dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh. Padahal Zaid telah berjanji akan merahsiakan jumlah ex gratia itu. <ref>[http://www.malaysiakini.com/news/92770 Bayaran saguhati: Zaid dukacita tidak dapat kotai janji...]</ref>
 
===Masa lampau===
Semasa [[Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010|Pilihan raya kecil Hulu Selangor]], masa lampau beliau dicerca sebagai kaki botol , berjudi, memiliki kuda lumba dan hidup mewah. Lantas beliau mengakui ketika masih dalam UMNO. Malahan beliau meminta para menteri UMNO tidak hipokrit, malah patut mengaku pernah terlibat. [[Kuda]] bernama 'Kelantan' bernilai $NZ135,000.00 miliknya cukup bagus dan kini dipelihara di [[Kota Bharu]],[[Kelantan]] . Tentang hartanya, beliau mencabar para menteri turut mengisytiharkan harta masing-masing dan dibuat perbandingan. [[Mustafa Ali]] dari [[PAS]] mempertahankan beliau dengan mengambil iktibar daripada Khalifah [[Umar Al-Khattab]] dan panglima Islam [[Khalid bin al-Walid]]. <ref>[http://www.malaysiakini.com/news/129791 "Muhyiddin persenda moral", kekayaan Zaid]</ref> Kuda adalah sejenis sukan dan ramai raja-raja Melayu mempunyai kuda. Blog Pisau.net mendedahkan Zaid menyimpan pelbagai arca kuda dan gambar lukisan kuda.<ref>[http://www.anwaraidc.com/2010/04/zaid-peminat-nombor-1-kuda.html Zaid peminat nombor 1 'kuda']</ref> Zaid menempelak rakan lamanya yang berjudi dan main [[kasino]] di luar Malaysia dan pernah kalah judi.<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/129726 Dakwaan kaki arak, judi - Zaid tak saman]</ref>
 
==Menyaman A Kadir Jasin==