Perbezaan antara semakan "Pemberontakan Mexico"

Francisco I. Madero merupakan salah seorang yang amat mempercayai bahawa Presiden Diaz harus melepaskan kuasa dan tidak bertanding semula. Bersama-sama dengan reformis muda yang lain, Madero mengasaskan Parti ''Anti-reeleccionista'' dan bertanding dalam pilihan raya presiden. Antara masa pilihan raya, Madero membuat perjalanan ke seluruh negara untuk berkempen memperjuangkan gagasannya.
 
Francisco I. Madero, yang merupakan penyokong demokrasi yang tegas, hendak membuatmewujudkan sebuah [[kerajaan]] agaryang mematuhi [[undang-undang]] dengan ketat, dan kejayaan gerakannya telah diperlihatkan oleh Presiden Diaz sebagai sebuah ancaman. Tidak lama sebelum pilihan raya umum 1910, Madero ditahan di [[Monterrey]] dan dipenjarakan di [[San Luis Potosi]]. Sewaktu menyedari bahawa Diaz ingin bertanding semula, Madero melarikan diri ke [[Amerika Syarikat]] pada Oktober 1910. Sewaktu dalam [[buangan]], beliau mengeluarkan ''Rancangan San Luis,'' sebuah [[manifesto]] yang mengisytiharkan bahawa pilihanraya-pilihanraya Diaz merupakan [[fraud]] dan beliau tidak mengakui Diaz sebagai Presiden Republik yang sah. Sebaliknya, Madera mengambil langkah yang amat berani dan mengisytiharkan diri sebagai Presiden Sementara sehingga pilihan raya yang baru diadakan. Madero berjanji untuk mengembalikan semua tanah yang dirampas daripada petani-[[petani]], dan beliau membuat seruan untuk hak mengundi sejagat dan had satu penggal untuk presiden. Seruan Madero untuk pemberontakan pada [[20 November]] 1910 menandakan permulaan Pemberontakan Mexico.
 
===Kemenangan pemberontakan===
Pengguna awanama