Soket penyala rokok: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Broadbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: da:Cigarettænder
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: en:Cigarette lighter receptacle; perubahan kosmetik
Baris 1:
[[ImageFail:12voltplug.jpg|thumb|Plag penyala rokok 12 volt.]]
'''Soket penyala rokok''' ataupun '''soket penyuai kereta''' merujuk kepada soket bagi sejenis [[palam bara]] yang boleh ditanggalkan untuk menyalakan [[rokok]] atau [[cerut]] serta boleh digunakan sebagai punca bekalan elektrik untuk beberapa peralatan elektrik kecil pada [[kereta]]. Asalnya ia tidak direka untuk membekalkan bekalan elektrik, dan ia juga bukanlah penyambung elektrik yang unggul atas beberapa sebab, terutamanya berikutan terdapat tiga saiz bagi soket berkenaan (dua bagi sistem 12 [[volt]] [[arus terus|DC]] dan satu lagi untuk sistem 6 volt DC yang lebih lama) serta memadankan saiz plag dan soket 12 volt yang berbeza juga merupakan satu masalah. Disebabkan itulah sambungan elektrik yang disediakan ada kalanya tidak boleh diharap untuk peralatan berkuasa tinggi.
 
Baris 5:
 
 
[[ImageFail:CigarSocket.jpg|thumb|right|Soket logam dan plastik.]]
 
== Penyala rokok ==
[[ImageFail:Car cigarette lighter.jpg|thumb|right|Penyala rokok kereta.]]
Penyala rokok terdiri daripada [[palam bara]] berbentuk silinder yang mengandungi segelung nipis wayar [[nikrom]], yang membenarkan arus setinggi 15-20 [[ampere]] melaluinya apabila tombol penyala ditolak masuk ke dalam soket. Setelah ditolak masuk, penyala ditahan daripada daya spring oleh satu cangkuk yang dipasang pada satu jalur dwilogam.<ref>{{US patent|5,932,126}}</ref> [[Unsur pemanas]] akan membara panas dalam masa beberapa saat, menyebabkan jalur dwilogam tersebut membengkok untuk melepaskan penyala, membolehkan spring menolak penyala keluar. Setelah penyala dikeluarkan, ia boleh digunakan untuk menyalakan [[api]] pada [[rokok]] atau [[cerut]].
 
Pada kebanyakan model kereta baru, soket tersebut kini tidak disertakan dengan penyala rokok sebagai salah satu langkah untuk tidak menggalakkan pemandu merokok serta berikutan penurunan tabiat merokok di Amerika Syarikat.<ref>{{cite web|url=http://www.gallup.com/poll/28213/Latest-Gallup-Update-Shows-Cigarette-Smoking-Near-Historical-Lows.aspx|title=Latest Gallup Update Shows Cigarette Smoking Near Historical Lows|publisher=Gallup.com|accessdate=2009-04-08}}</ref> Walau bagaimanapun, soket tersebut kini berperanan sebagai punca bekalan elektrik bagi peralatan elektrik kecil, seperti alat [[Sistem Kedudukan Sejagat|GPS]] mudah alih, pengecas telefon bimbit, [[pemampat udara|pam tayar]] mudah alih ataupun [[pembersih hampagas]]. Biasanya, soket sebegini berpenutup plastik dan kadang-kadang dilabelkan sebagai "bukan untuk penyala rokok", kerana ia tidak direka untuk menampung haba yang terhasil daripada penyala rokok.
 
== Plag ==
Plag automotif 12 volt adalah tertakluk kepada piawaian UL 2089 bagi penyuai bateri kenderaan. Piawaian ini merangkumi plag dan wayar yang direka untuk dipalamkan ke dalam soket penyala rokok. Di Eropah pula plag dan soket 12 volt adalah tertakluk kepada peraturan serta memerlukan pengesahan oleh pihak berkuasa elektrik.
 
== Sejarah ==
Penyala rokok mula menjadi peralatan standard pada kereta bermula tahun 1925 atan 1926.<ref>{{cite web|url=http://money.cnn.com/2003/11/04/pf/autos/lighters/index.htm?cnn=yes|title=Cigarette lighters: The new cupholders?|publisher=CNN.com|accessdate=2007-06-05}}</ref> Pada tahun 1928 Connecticut Automotive Specialty Company di [[Bridgeport]] mem[[paten]]kan penyala rokok automotif pertama dengan wayar dan gelung. Penyala rokok automotif "automatik" V-Coil dicipta oleh Casco pada tahun 1956.<ref>{{cite web|url=http://www.cascoglobal.com/n20845/i22128.html|title=Casco Cigar lighter Facts & Figures|publisher=Casco|accessdate=2007-06-05}}</ref>
 
== Lihat juga ==
* [[Plag dan soket AC domestik]]
 
== Nota ==
{{reflist}}
 
== Rujukan ==
* [http://www.sae.org/technical/standards/J563_200902 SAE J563 (Soket penyala rokok 6 V dan 12 V)]
* [http://www.sae.org/technical/standards/USCAR4 SAE/USCAR-4 (Piawaian bagi Soket Penyala Rokok dan Bekalan Elektrik)] (USCAR=Majlis Amerika Syarikat bagi Penyelidikan Automotif)
 
== Pautan luar ==
* [http://www.12v-parts.com Gambar soket dan plag 12 volt]
 
[[Kategori:Elektrik]]
Baris 38:
[[da:Cigarettænder]]
[[de:Zigarettenanzünder]]
[[en:CigarCigarette lighter receptacle]]
[[es:Toma de mechero]]
[[fr:Allume-cigare]]