Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 29:
Sejarah awal penubuhan PBB adalah atas ilham dan inisiatif [[Abdul Taib Bin Mahmud|Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud]], Setiausaha Agung BARJASA yang muda dan idealistik ketika itu, serta [[Ketua Negeri Malaysia|Ketua Menteri]] Sarawak dan Presiden PBB sekarang.
 
Sebelum pilihanraya negeri yang pertama pada Januari [[1963]], [[Barisan Rakyat Jati Sarawak]] (BARJASA), [[Parti Kebangsaan Sarawak]] (SNAP), [[Parti Pesaka Anak Sarawak]] (PESAKA) dan [[(Persatuan Cina Sarawak]] (SCA) membentuk sebuah parti campuran pada Julai [[1962]]. Parti campuran ini dipengerusikan oleh [[Tun Jugah]], dengan [[Stephen Kalong Ningkan|Datuk Stephen Kalong Ningkan]] sebagai Setiausaha Agungnya. Walau bagaimanapun, [[Parti Negara Sarawak]] (PANAS) kemudian menarik diri daripada parti campuran ini menjelang [[pilihan raya]] untuk menyertai parti pembangkang [[Parti Kebangsaan Sarawak]] (SUPP). Selepas pilihan raya, parti campuran ini ternyata mendapat keputusan yang menyakinkan dan membentuk Kabinet Negeri yang pertama. [[Kalong Ningkan|Datuk Kalong Ningkan]] dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pertama, manakala Tun Jugah dilantik menganggotai [[Kabinet Malaysia|Kabinet Persekutuan]] di [[Kuala Lumpur]] selaku [[Kementerian Hal Ehwal Sarawak|Menteri Hal Ehwal Sarawak]].
 
Antara tahun [[1963]] dan [[1966]], [[politik]] Sarawak mengalami pergolakan yang hebat, disebabkan terlalu banyak parti politik sehingga mencetuskan krisis demi krisis yang sesetengahnya berbau perkauman. Krisis ini akhirnya tamat dengan penyingkiran Datuk Ningkan sebagai Presiden [[Parti Kebangsaan Sarawak|SNAP]]. Menggantikan tempat Datuk Ningkan sebagai Ketua Menteri baru ketika itu ialah [[Penghulu]] [[Tawi Seli]]. Kabinetnya terdiri daripada tiga orang ahli PESAKA (termasuk beliau sendiri), dua ahli [[Barisan Rakyat Jati Sarawak|BARJASA]] (termasuk Datuk Patinggi Taib), dan seorang ahli PANAS. PANAS menyertai semula parti campuran ini hanya sebelum penyingkiran Datuk Ningkan.
 
Sarawak mencapai satu kemajuan politik apabila BARJASA dan PANAS bergabung untuk membentuk [[Parti Bumiputera]] pada bulan Mac [[1968]]. Datuk Patinggi Taib menjadi penggerak utama ke arah pergabungan ini. Parti Bumiputera diketuai oleh Allahyarham Tan Sri Datuk [[Amar Abang Ikhwan Zaini]], dengan Datuk Taib memegang jawatan Setiausaha Agung. Kekuatan parti dan perpaduan terus diperkukuh apabila Parti Bumiputera dan PESAKA bergabung untuk melahirkan Parti PBB pada 30 April 1973. Tun Jugah yang pada ketika itu selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak telah dilantik sebagai Presiden pertama PBB. Datuk Patinggi Taib memegang jawatan Presiden PBB secara automatik apabila memenangi jawatan Presiden tanpa bertanding pada [[1981]] sehingga sekarang.