Peristiwa 13 Mei: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Master2841 (bincang | sumb.)
k Suntingan 219.95.56.73 dikembalikan ke versi terakhir oleh 60.48.249.160
Baris 30:
== Latar belakang ==
===Isu perkauman dalam pilihan raya 1969 ===
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan [[Bahasa Kebangsaan]] (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang [[Melayu]] sebagai ([[Bumiputera]]) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
 
[[Parti Perikatan]] yamg dianggotai oleh ([[UMNO]]-[[Persatuan Cina Malaysia|MCA]]-[[MIC]]) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam [[Dewan Rakyat]] ([[Parlimen]]) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilangkehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
 
[[Parti Gerakan Rakyat Malaysia]] (Gerakan), [[Parti Tindakan Demokratik]] (DAP) dan [[Parti Progresif Rakyat]] (PPP) menang 25 buah kerusi dalam [[Dewan Rakyat]] manakala [[Parti Islam Se-Malaysia|PAS]] menang 12 kerusi.