Juan Peron: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Thijs!bot (bincang | sumb.)
k bot menambah: ar:خوان بيرون
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: yo:Juan Perón; perubahan kosmetik
Baris 20:
 
== Sejarah Awal ==
Dilahirkan di [[Lobos]], [[Buenos Aires]], Perón melanjutkan pelajarannya di [[Colegio Militar]] iaitu sebuah akademi tentera dari [[1911]] ke [[1913]] dan [[Escuela Superior de Guerra]] dari [[1926]] ke [[1929]]. Pada tahun [[1930]] dia menyertai pemberontakan tentera menentang Presiden [[Hipólito Irigoyen]] dan menjadi [[setiausaha sulit]] menteri pertahanan antara [[1930]] dan [[1935]]. Kemudian, beliau berpeluang mengajar di kolej lamanya di [[Escuela Superior de Guerra]], bertugas sebagai [[attaché]] tentera di [[Chile]] selama setahun, menulis lima buah buku mengenai sejarah militari, dan mengunjungi [[Itali]] untuk mempelajari kaedah militari di [[pergunungan Alpine]].
 
Sebaik sahaja pulang ke [[Argentina]] pada [[1941]], Perón bersama beberapa pegawai yang lain telah melancarkan [[rampasan kuasa]] atau ''"coup d'état"'' pada Jun [[1943]]. Beliau kemudiannya mengambilalih kementerian buruh dan menukar gerakan buruh dengan cara melemahkan pengaruh parti [[bersayap kiri]] di sana. Beliau juga telah menguatkuasakan [[undang-undang buruh]] yang baru serta melancarkan persatuan buruh yang baru. Perón telah dilantik sebagai naib-Presiden dan juga [[menteri]] pertahanan pada [[1944]]. Apabila kuasanya semakin meningkat, penentangan terhadapnya semakin berleluasa terutamanya dari pihak tentera. Pada 9 Oktober, [[1945]], beliau dipaksa meletak semua jawatannya dan telah dipenjarakan. Dalam waktu yang singkat, perletakan jawatan Perón's telah mencetuskan krisis kerajaan dan ia diselesaikan pada 17 Oktober, bila penyokong daripada golongan buruh telah berjaya melancarkan satu [[revolusi]] yang terancang dan membebaskannya dari [[penjara]]. Empat hari kemudian beliau [[kahwin|berkahwin]] dengan wanita simpanannya, Mariá Eva Duarte, yang dikenali ramai sebagai Evita (lihat [[Eva Peron]]).
 
== Bangkitnya kumpulan Perónistas ==
Pada 1945 telah bangkit suatu gerakan politik baru yang dipanggil [[Perónistas]], yang mendapat sokongan padu dari pihak ditindas iaitu pekerja-pekerja dari sektor pertanian dan industri. Kumpulan tersebut menyokong Perón dicalonkan dan dipilih sebagai Presiden. Pihak Peronistas berkempen bersama ahli kelas pekerja, yang dikenali sebagai ''descamisados'' (Sepanyol untuk “mereka yang tak berbaju"), bermakna mereka tidak memakai baju kot seperti golongan [[kelas pertengahan]].Perón's juga telah mengasaskan parti yang dikenali sebagai [[Partido Justicialista]] atau Parti Keadilan dan Sosial. Sehingga kehari ini parti tersebut telah menjadi parti politik terpenting di Argentina. Ahlinya termasuk isterinya yang kedua Eva Peron telah berkempen keras untuk beliau. Hasilnya, [[pilihan raya]] yang diadakan pada Februari 1946, telah memihak kepada Perón dan beliau memperolehi 56% undi.
 
== Era Perónisme ==
Sebagai presiden, beliau telah berusaha ke arah pro-buruh, pengindustrian negara, polisi pro- [[nasionalisme]], dibantu oleh isteri keduanya yang berkarisma iaitu Evita, yang telah menjadi pengaruh informal dalam polisi kerajaannya. Dasar-dasarnya yang diberi nama [[Perónisme]] adalah mirip dasar kerajaan [[Benito Mussolini]], diktator Itali yang beliau sanjungi. [[Perónisme]] merupakan satu [[ideologi]] yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin lain di Argentina dan juga negara-negara membangun lain seperti [[Malaysia]]. Dalam melaksanakan program pro-nasionalismenya, beliau telah membeli balik syarikat-syarikat milik asing dari pihak-pihak seperti British dan Amerika. Beliau dianggap sebagai agen pembaharuan di negara ini kerana mengalih tumpuan ekonomi daripada pertanian kepada sektor [[perindustrian]]. Perón juga terkenal kerana memberi [[hak mengundi]] kepada golongan wanita. Isterinya [[Eva Peron]], merupakan penyokongnya yang paling utama dan rakyat jelata terutamanya kaun wanita dan golongan miskin menaruh sepenuh kepercayaan kepada gabungan mantap suami isteri ini.
 
Namun, beliau dikecam hebat kerana beberapa tindakannya yang tidak [[etika|beretika]]. Antara lain, beliau telah meminda [[perlembagaan]] negara supaya beliau boleh dipilih semula sebagai Presiden dan membuang para [[hakim]] yang menentangnya. Oleh itu, pada awal 1950an beliau telah dipilih semula sebagai Presiden untuk kedua kalinya. Di samping itu beliau mengekalkan kuasanya dengan mengamalkan sistem [[autoritarianisme|autoritarian]] di negara ini.
Baris 37:
Selain itu beliau telah mendapat tohmahan antarabangsa kerana menjadikan Argentina sebagai tempat perlindungan bagi diktator serta pembunuh yang kejam. Antaranya termasuklah [[diktator]] fahaman fasis [[Ante Pavelic]] dan penjenayah perang seperti [[Josef Mengele]] ("Malaikat Maut" parti Nazi) dan [[Adolf Eichman]].
 
Oleh itu pada [[1955]] satu kumpulan militan telah menjatuhkan kerajaan beliau dan beliau terpaksa meletak jawatan dan melarikan diri ke [[Paraguay]]. Sewaktu di sana, beliau berjumpa dengan [[penari]] [[kelab malam]] yang jelita bernama [[Isabel Martínez]] dan berkahwin dengannya pada 1961. Walaupun Perón berada dalam buangan, ideologinya masih hidup di Argentina. Kerajaan-kerajaan tentera selepasnya gagal membawa sebarang perubahan dan kumpulan Perónista masih berpengaruh diarena politik negara.
 
== Mandat Ketiga 1973 - 1974 ==
Baris 116:
[[tr:Juan Perón]]
[[uk:Хуан Домінго Перон]]
[[yo:Juan Perón]]
[[zh:胡安·裴隆]]