Pemberontakan Mexico: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TobeBot (bincang | sumb.)
MondalorBot (bincang | sumb.)
Baris 3:
Pada awal [[abad ke-20]], suatu generasi pemimpin muda yang baru termuncul dan mendesak untuk menyertai arena [[politik]] negara mereka. Bagaimanapun, hasrat mereka tidak dibenarkan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang telah mengukuhkan kedudukan mereka dan tidak ingin melepaskan kuasa. Kumpulan pemimpin muda itu percaya bahawa mereka boleh memainkan peranan yang betul dalam politik Mexico sebaik sahaja Presiden Diaz mengumumkan bahawa Mexico bersedia untuk pengamalan [[demokrasi]]. Walaupun [[Perlembagaan]] Mexico menetapkan [[pilihan raya umum]] serta institusi-institusi demokrasi yang lain, Diaz dan penyokongnya menggunakan sumber politik dan [[ekonomi]] mereka untuk mengekalkan kuasa mereka bagi tempoh masa yang tidak terhad.
 
=== Francisco I. Madero ===
Francisco I. Madero merupakan salah seorang yang amat mempercayai bahawa Presiden Diaz harus melepaskan kuasa dan tidak bertanding semula. Bersama-sama dengan reformis muda yang lain, Madero mengasaskan Parti ''Anti-reeleccionista'' dan bertanding dalam pilihan raya presiden. Antara masa pilihan raya, Madero membuat perjalanan ke seluruh negara untuk berkempen memperjuangkan gagasannya.
 
Francisco I. Madero, yang merupakan penyokong demokrasi yang tegas, hendak mewujudkan sebuah [[kerajaan]] yang mematuhi [[undang-undang]], dan kejayaan gerakannya telah diperlihatkan oleh Presiden Diaz sebagai sebuah ancaman. Tidak lama sebelum pilihan raya umum [[1910]], Madero ditahan di [[Monterrey]] dan dipenjarakan di [[San Luis Potosi]]. Sewaktu menyedari bahawa Diaz ingin bertanding semula, Madero melarikan diri ke [[Amerika Syarikat]] pada Oktober 1910. Sewaktu dalam [[buangan]], beliau mengeluarkan ''Rancangan San Luis,'' sebuah [[manifesto]] yang mengisytiharkan bahawa pilihanraya-pilihanraya Diaz merupakan [[penipuan]] dan beliau tidak mengakui Diaz sebagai Presiden Republik yang sah. Sebaliknya, Madera mengambil langkah yang amat berani dan mengisytiharkan diri sebagai Presiden Sementara sehingga pilihan raya yang baru diadakan. Madero berjanji untuk mengembalikan semua tanah yang dirampas daripada petani-[[petani]], dan beliau membuat seruan untuk hak mengundi sejagat dan had satu penggal untuk presiden. Seruan Madero untuk pemberontakan pada [[20 November]] [[1910]] menandakan permulaan Pemberontakan Mexico.
 
=== Kemenangan pemberontakan ===
Pada 14 November 1910, Toribio Ortega dan sekumpulan pengikut yang kecil bersenjata di [[Cuchillo Parado]], negeri [[Chihuahua]]. Pada 18 November, pihak-pihak berkuasa Diaz mendedahkan persediaan untuk pemberontakan di dalam rumah adik beradik Maximo dan Aquiles Serdan di [[Puebla]], dan mereka dihukum mati. Di [[Chihuahua]], Madero dapat memujuk Pascual Orozco dan [[Francisco Villa]] untuk menyertai pemberontakan. Walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman [[tentera]], Orozco dan Villa terbukti mampu menjadi ahli strategi yang cemerlang. Mereka memperoleh kesetiaan penduduk Mexico Utara yang amat tidak puas hati dengan [[peladang ternak]] dan [[tuan tanah]] yang menguasai kawasan utara.
 
Pada bulan Mac [[1911]], [[Emiliano Zapata]] mengetuai pemberontakan petani Morelos untuk menuntut hak untuk tanah dan air tempatan. Pada waktu yang sama, pemberontakan bersenjata bermula di banyak bahagian yang lain di seluruh negara. Askar-askar "Maderista" dan kemarahan negara yang mengilhami mereka menewaskan angkatan tentera Diaz dalam jangka masa enam bulan. Kemenangan Pemberontakan Mexico yang muktamad ialah penangkapan Ciudad Juarez di seberang sungai dari [[El Paso]] oleh Orozco dan Villa. Diaz meletakkan jawatan sebagai [[Presiden]] dan melarikan diri ke [[Perancis]] di mana beliau meninggal dunia pada tahun [[1915]].
Baris 15:
Dengan kejatuhan rejim Diaz, Kongres Mexico memilih Francisco Leon De La Barra sebagai Presiden Sementara dan mengadakan pilihan raya umum yang popular. Francisco I. Madero dipilih sebagai Presiden dan Jose Maria Pino Suarez sebagai Naib Presidennya.
 
=== Selepas kemenangan ===
Walaupun perlembagaan baru diisytiharkan pada tahun 1917, keganasan masih berterusan sehingga lewat [[1920-an]] dan tamat cuma sewaktu ''Partido Nacional Revolucionario'' (yang kemudian menjadi ''Partido Revolucionario Institucional'' atau "PRI") mencapai [[monopoli]] dalam kuasa politik pada tahun [[1928]]. Walaupun demikian, gagasan Pemberontakan masih "berlangsung" dan diperkukuhkan oleh [[doktrin]] parti dan pemikiran nasional dengan pembahagian pemberontakan kepada "fasa bersenjata" dan "fasa institusi". [[Retorik]] "fasa institusi" bermula hilang daripada perbincangan rasmi hanya di bawah Presiden [[Carlos Salinas de Gortari]] pada lewat [[1980-an]].
 
[[Kategori: Sejarah Mexico]]
 
[[id:Revolusi Meksiko]]
Baris 34:
[[it:Rivoluzione messicana]]
[[he:המהפכה המקסיקנית]]
[[ka:მექსიკის რევოლუცია]]
[[nah:Mēxihcatl Icnīuhyāōyōtl]]
[[nl:Mexicaanse Revolutie]]