Parti Rakyat Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 20:
Parti Rakyat merupakan salah satu daripada parti politik tertua di [[Malaysia]] yang diasaskan oleh [[Ahmad Boestamam]] dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain pada [[11 November]] [[1955]]. Parti ini diinspirasikan menerusi perjuangan kemerdekaan di Indonesia yang diketuai oleh [[Sukarno]], parti ini sesuai untuk semangat patriotisme ke atas Se-Malaya/[[Indonesia]]. Parti ini bertentangan dengan sifat [[UMNO]] yang bercirikan kontemporari (yang kemudiannya menjadi parti pemerintah sehingga hari ini). Parti Rakyat mendesak untuk mendapatkan kemerdekaan sepenuhnya daripada penjajahan [[British]].
 
Pada era [[1950-an]] dan [[1960-an]], Parti Rakyat bekerjasama dengan parti [[Parti Buruh Malaya|Parti Buruh]] bagi membentuk [[Barisan Sosialis]] yang didominasi oleh jawatankuasa tempatan di [[Semenanjung Malaysia]]. Kuasa ber[[haluan kiri]] semakin kuat yang terhasil atas tindakan keras oleh kerajaan pimpinan [[UMNO]]. Pada [[1963]], sejurus selepas kejadian [[Konfrontasi Indonesia-Malaysia]], kerajaan pimpinan [[Parti Perikatan]] bertindak ke atas beberapa ahli politik dan aktivis pembangkang. Antara mereka yang ditahan dan ditangkap ialah [[Ahmad Boestamam]] (presiden PRM), [[Ishak Haji Muhammad]] (presiden PBM), [[Abdul Aziz Ishak]] (ketua [[GERAM]]), Datuk [[Kampo Radjo]] (kemudian menjadi presiden PRM), [[Tan Kai Hee]], [[Tan Hock Hin]], Dr. Rajakumar, [[Hasnul Hadi]], [[Tajuddin Kahar]], dan ratusan yang lain.
 
Barisan Sosialis kemudiannya dibubarkan kerana mendapat tekanan kuat dari pihak pemerintah. Semasa berlakunya [[Peristiwa Mei 13|tragedi rusuhan kaum pada 1969]], pihak pemerintah semakin menguatkan pengaruhnya dengan memansuhkan sistem pilihanraya di Majlis Tempatan dan menggantikannya dengan secara lantikan. Oleh yang demikian, Parti Rakyat telah kehilangan sokongan dan suara didalam Parlimen dan juga Majlis Tempatan. Pada tahun [[1970]], kepimpinan Parti Rakyat telah diambil alih oleh [[Kassim Ahmad]], seorang lepasan professional universiti, Parti Rakyat telah diterapkan lagi dengan ideologi [[sosialis]] lebih radikal. Pindaan Perlembagaan telah dibuat dan Parti Rakyat bertukar nama kepada Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Disebabkan perkembangan ini, pihak pemerintah mengambil kesempatan dan membuat momokan bahawa parti ini mirip kepada [[komunis]]. Diatas tuduhan-tuduhan yang dikatakan palsu, ramai pemimpin dan penyokong parti terus ditahan dengan menggunakan [[Akta Keselamatan Dalam Negeri]] (ISA). Malah Presiden Parti Rakyat ketika itu, Kassim Ahmad juga telah ditahan. Sebahagian rakyat bertambah memandang serong dan takut akan PSRM yang begitu banyak dimomokan. Pada awal tahun [[1980-an]], Datuk Kampo Radjo, bekas Exco Selangor telah dipilih menjadi Presiden menggantikan Kassim Ahmad.