Parti Rakyat Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 26:
PSRM bertukar nama balik kepada nama asalnya, Parti Rakyat Malaysia (PRM).
 
Semasa berlaku wabakgerakan [[Reformasi (Malaysia)|Reformasi]], makayang melahirkan sebuah parti baru dibentuk iaitu [[Parti Keadilan Nasional]] yang dipimpin oleh Bekas [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia]], [[Anwar Ibrahim]] (Presiden ialah isterinya, [[Wan Azizah Wan Ismail]], kerana Anwar dipenjarakan) memulakan penerokaan untuk bergabung antara dua parti. Kerjasama kedua-dua parti ini bermula daripada pembentukan [[Barisan Alternatif]]. Ketika itu Presiden PRM ialah [[Syed Husin Ali]]. Walaupun hasrat penggabungan tersebut telah ditangguhkan disebabkan keengganan pihak berkuasa. Dua parti ini secara rasmi bergabung pada [[3 Ogos]] [[2003]]. Hasil daripada penggabungan parti, parti ini kini dikenali sebagai [[Parti Keadilan Rakyat]] (PKR). Syed Husin Ali yang merupakan Presiden PRM sebelum penggabungan ini menjadi Timbalan Presiden PKR manakala Wan Azizah menjadi Presiden PKR.
 
Walaupun demikian, beberapa pemimpin Parti Rakyat Malaysia tidak menyetujui penggabungannya kepada sebuah entiti yang baru. Pada [[17 April]] [[2005]], ahli Parti Rakyat Malaysia yang menentang penggabungan ini mengadakan Kongres Nasional di [[Johor Bahru]] dan dipilih menerusi kepimpinan baru bagi mengatasi pergelutan parti.