Parti Sosialis Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 21:
Disebabkan parti ini tidak dapat didaftarkan, oleh itu calon-calon yang dihantar terpaksa bertanding dengan tiket parti lain. Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1999]], mereka menggunakan tiket [[Parti Tindakan Demokratik]] (DAP). Tetapi menjelang [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2004]], DAP enggan membantu PSM dengan tuduhan "tidak pernah bertegur sapa", oleh itu calon-calon PSM beralih mendapat bantuan daripada [[Parti Keadilan Nasional]] (KeADILan).
 
Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008]], [[Parti Keadilan Rakyat]] (PKR) yang menggantikan Parti Keadilan Nasional (KeADILan) setelah bergabung dengan [[Parti Rakyat Malaysia]] (PRM) terus membenarkan calon-calon PSM bertanding dengan tiket PKR. Namun terdapat seorang calon PSM yang bertanding sebagai seorang calon bebas menggunakan lambang kunci, iaitu calon untuk kawasan Dewan Undangan Negeri [[Jelapang]] di [[negeri Perak]]. Di kawasan ini sudah terdapat seorang calon parti pembangkang, iaitu Hee Yit Foong dari DAP. S. Arutchelvan juga bertanding bagi DUN [[Semenyih]] di [[Selangor]]. Akhirnya, PSM mempunyai dua orang calon yang menang di bawah tiket PKR, iaitu [[Michael Jeyakumar]] dari kawasan Parlimen [[Sungai Siput]] negeri Perak, dan Pengerusi parti Dr. [[Mohd Nasir Hashim]] dari kawasan DUN [[Kota Damansara]] negeri [[Selangor]].<ref>[http://links.org.au/node/732 Socialist Party of Malaysia: Building socialism while capitalism crumbles, Links – International Journal of Socialist Renewal]
</ref>
 
== Lihat juga ==
* [[Senarai parti politik Malaysia]]
* [[Politik Malaysia]]
* [[Barisan Sosialis]]
 
==Pautan Luar==
*[http://links.org.au/node/732 Socialist Party of Malaysia: Building socialism while capitalism crumbles, Links – International Journal of Socialist Renewal]
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
{{Parti-parti politik Malaysia}}