Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 43:
Kejatuhan kerajaan PBS pada tahun [[1994]] telah mencetuskan penubuhan [[Parti Demokratik Sabah]] (PDS), sebuah parti politik yang berasaskan semangat [[nasionalisme]] Kadazandusun Murut. Penubuhan parti ini adalah hasil satu persetujuan antara hampir kesemua Wakil-wakil Rakyat PBS pada [[14 Mac]] [[1994]].
 
Di bawah pimpinan Presiden [[Bernard Dompok|Tan Sri Bernard Giluk Dompok]], dan berikutan pelantikan beliau kepada [[Kabinet Malaysia|Kabinet Persekutuan]] pada tahun [[1994]], PDS berjaya mengerakkan Kerajaan Persekutuan untuk meluluskan [[bahasa Kadazandusun]] sebagai sebuah bahasa yang diajar di sekolah-sekolah kerajaan. Mercu kejayaan PDS ialah pelantikan Tan Sri Bernard Dompok sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-11 pada tahun [[1998]] dalam sistem penggiliran [[Ketua Menteri Sabah]].
 
Bagaimanapun, PDS masih gagal untuk menyatukan seluruh kaum KDM dalam sebuah parti politik. Ini terbukti apabila para pengundi KDM tidak mengundi Tan Sri Bernard Dompok dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1999]]. Akibatnya, perkhidmatan Bernard Dompok sebagai Ketua Menteri Sabah terpaksa berhenti.