Parti Rakyat Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Labuu (bincang | sumb.)
Baris 22:
 
*Kerjasama Barisan Sosialis
Pada era [[1950-an]] dan [[1960-an]], [[Barisan Sosialis]] atau ''Socialist Front'' (SF) atau nama penuhnya ''Barisan Sosialis Rakyat Malaya'' (Malayan People's Socialist Front) dibentuk pada 1958, terdiri daripada [[Parti Rakyat Malaysia|Parti Rakyat Malaya]], [[Parti Buruh Malaya]] dan [[Parti Perhimpunan Kebangsaan]] (PPK)<ref>Penang Story: [http://www.penangstory.net.my/docs/Abs-TanKimHong.doc Facing Up to Storm Clouds : The Labour Party of Malaya, Penang Division, 1963 – 1969]</ref> bagi membentuk satu pakatan politik yang telah bergiat cergas dan mendominasi beberapa pihak berkuasa kerajaan tempatan di [[Semenanjung Malaysia]]. Pengaruh puak ber[[haluan kiri]] yang semakin kuat telah menghasilkan tindakan keras dari kerajaan [[Parti Perikatan|Perikatan]] pimpinan [[UMNO]]. Pada [[1963]], sejurus selepas kejadian [[Konfrontasi Indonesia-Malaysia]] pada 1963, kerajaan telah mengambil tindakan ke atas beberapa ahli politik dan aktivis pembangkang. Antara mereka yang ditahan dan ditangkap ialah pemimpin ''Barisan Sosialis'' [[Ahmad Boestamam]] (presiden PRM), [[Ishak Haji Muhammad]] (presiden PBM) serta [[Abdul Aziz Ishak]] (ketua [[GERAM]]), Datuk [[Kampo Radjo]] (kemudian menjadi presiden PRM), [[Tan Kai Hee]], [[Tan Hock Hin]], Dr. Rajakumar, [[Hasnul Hadi]], [[Tajuddin Kahar]] dan ratusan yang lain.
 
Barisan Sosialis kemudiannya akhirnya semakin lemah kerana mendapat tekanan kuat dari pihak kerajaan pemerintah akibat berlakunya tragedi rusuhan kaum [[Peristiwa Mei 13]] pada 1969, pihak pemerintah semakin menguatkan pengaruhnya dengan memansuhkan sistem pilihanraya di Majlis Tempatan dan menggantikannya dengan secara lantikan. Oleh yang demikian, Parti Rakyat telah kehilangan sokongan dan suara didalam Parlimen dan juga Majlis Tempatan.