Lotus Cars: Perbezaan antara semakan

17 bait dibuang ,  13 tahun lalu
k
bot mengubah: sv:Lotus (bilmärke); perubahan kosmetik
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Louperibot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: pl:Lotus Cars
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: sv:Lotus (bilmärke); perubahan kosmetik
Baris 1:
{{Infobox Company
| company_name = Lotus Cars
| company_logo = [[ImageFail:Lotus logo.png]]
| company_type = Persendirian (Majoriti saham dipegang oleh Proton)
| genre =
Baris 29:
}}
 
'''Lotus Cars''' adalah pengeluar [[kereta sport]] dan [[kereta lumba]] [[United Kingdom|British]] berpusat di [[Hethel]], [[Norfolk]], [[England]]. Syarikat Lotus merekabentuk serta membina kereta lumba serta kereta sport pengeluaran dengan perwatakan badan yang ringan tetapi mempunyai pengendalian yang sangat baik.
 
Syarikat tersebut diasaskan sebagai Lotus Engineering Ltd. oleh seorang jurutera [[Colin Chapman]], graduan [[University College, London]], pada tahun 1952. Kilang pertama adalah di belakang Railway Hotel di [[Hornsey]]. [[Team Lotus]], satu pecahan daripada Lotus Engineering pada tahun 1954, telah aktif dalam sukan [[Formula Satu]] antara tahun-tahun 1958 hingga 1994. Kumpulan Syarikat Lotus telah ditubuhkan pada tahun 1959. Ia merangkumi Lotus Cars Limited dan Lotus Components Limited yang masing-masing menumpukan kepada pengeluaran kereta jalanan serta kereta pertandingan pengguna. Lotus Components Limited menjadi Lotus Racing Limited pada tahun 1971 tetapi entiti yang dinamakan semula itu berhenti beroperasi pada tahun yang sama. <ref name=”gglotus”>http://www.gglotus.org/ggrace/ggfaq/general.html retrieved 1 May 2008</ref>
 
Syarikat tersebut berpindah ke kilang pembinaan khusus di [[Cheshunt, Hertfordshire| Cheshunt]] pada tahun 1959 <ref>[http://www.historiclotusregister.co.uk/history/history.htm Lotus cars Cheshunt] retrieved [[December 26]] [[2007]]</ref> dan sejak tahun 1966 syarikat itu telah mempunyai sebuah kilang moden serta kelengkapan ujian jalan raya di Hethel, berhampiran [[Wymondham]]. Tapak ini adalah bekas tapak [[RAF Hethel]] manakala litar ujian menggunakan bahagian daripada landasan terbang lama.
 
Chapman meninggal dunia akibat sakit jantung pada tahun 1982, pada usia 54 tahun, memulakan riwayat hidup sebagai anak penjaga rumah tumpangan dan meninggal dunia sebagai ahli industri jutawan di [[United Kingdom|Britain]] pasca perang. Pengeluar kereta tersebut telah menghasilkan berpuluh ribu kereta sport jalanan dan perlumbaan serta telah memenangi [[Formula Satu]] sebanyak tujuk kali. Semasa kematiannya beliau dikaitkan dengan skandal [[De Lorean Motor Company|DeLorean]] berhubung penggunaan penggunaan subsidi kerajaan bagi pengeluaran [[De Lorean DMC-12]] yang mana Lotus telah merekabentuk kerangkanya.
Baris 39:
Pada tahun 1986 syarikat tersebut telah dibeli oleh [[General Motors]]. Pada [[27 Ogos]] [[1993]], GM menjual Lotus, dengan kadar £30 juta, kepada A.C.B.N. Holdings S.A. dari [[Luxembourg]], sebuah syarikat yang dikawal oleh usahawan [[Itali]] bernama [[Romano Artioli]], yang turut memiliki [[Bugatti Automobili SpA]]. Pada tahun 1996 majoriti saham di dalam Lotus telah dijual kepada Perusahaan Otomobil Nasional Bhd ([[PROTON|Proton]]), sebuah syarikat automotif [[Malaysia]] yang disenaraikan di [[Bursa Saham Kuala Lumpur]].
 
Syarikat Lotus juga bertindak sebagai konsultan [[kejuruteraan]], menyediakan perkhidmatan pembangunan kejuruteraan&mdash;terutamanyakejuruteraan—terutamanya [[sistem gantungan]]&mdash;bagi—bagi pengeluar kereta lain. Jabatan Aliran Kuasa yang kurang dikenali pula bertanggungjawab terhadap reka bentuk serta pembangunan enjin 4 silinder dalam kebanyakan model anak syarikat GM iaitu [[Vauxhall Motors|Vauxhall]], [[Opel]], [[Saab Automobile|Saab]], serta mungkin juga beberapa model kereta [[Saturn Corporation|Saturn]]. Harus diingat bahawa model terkini [[Lotus Elise|Elise]] dan [[Lotus Exige|Exige]] menggunakan enjin 4 sebaris 1.8L VVTL-i I4 dari model kereta Toyota Celica GT-S dan Matrix XRS.
 
Syarikat tersebut diuruskan sebagai Group Lotus, yang mana dipecahkan kepada Lotus Cars dan Lotus Engineering. Tidak seperti beberapa khabar angin, tiada rancangan untuk membentuk semula pasukan Formula Satu. Faktor utama adalah kerana ia memerlukan masukan kewangan yang sangat tinggi, melebihi daripada apa yang diharapkan oleh syarikat.
 
Michael Kimberley mengambil alih jawatan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat dan kumpulan mulai Mei 2006. Beliau kini mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif Lotus Group International Limited ("LGIL") yang ditubuhkan pada Februari 2006, dengan [[Syed Zainal Abidin Tahir|Syed Zainal Abidin]] (Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad) dan Badrul Feisal (pengarah bukan eksekutif Proton Holdings Berhad). LGIL adalah syarikat pegangan bagi Lotus Group Plc.
 
== Senarai model semasa Lotus ==
[[ImageFail:Lotuselise.jpg|thumb|Lotus Elise]]
* '''[[Lotus Elise]]''' - menampilkan pelbagai inovasi baru kejuruteraan seperti cangkerang badan komposit. Asalnya menggunakan enjin Rover Siri K tetapi kini digerakkan oleh enjin [[Toyota]] 1ZZ dan 2ZZ dengan teknologi VVTL-i.
* '''[[Lotus Exige]]''' - versi Lotus Elise dengan badan yang direka semula untuk menghasilkan daya ke bawah tambahan.
Baris 56:
 
== Kerjasama ==
* [[Lotus Cortina]]&mdash;versi—versi Lotus bagi kereta [[Ford Cortina]] Mk. I.
* Lotus [[Talbot Sunbeam]]&mdash;model—model rali "hot hatch" Talbot pada awal 80-an.
* [[Vauxhall Lotus Carlton]] (juga dikenali sebagai Opel Lotus Omega, nama dalaman Lotus Type 104) - Pada masa tersebut (awal 1990-an) model ini merupakan model kereta sedan terpantas Lotus, dengan kelajuan maksimum melebihi 274 [[km/j]].
* Model [[1991]] [[Dodge Spirit R/T]] dengan versi enjin K-car 2.2 L 16 injap DOHC dengan pembangunan enjinnya diketuai Lotus, menghasilkan 220bhp.
Baris 78:
* Doug Nye, ''Theme Lotus: 1956-1986'' (Motor Racing Publications, Croydon, 1986)
* Peter Ross, ''Lotus - The Early Years 1951-54'' (Coterie Press, Luton, 2004)
* Rémy Solnon, [http://lotusespritaddiction.unblog.fr/lotus-esprit-le-grand-tourisme-a-langlaise/ ''Lotus Esprit - le grand tourisme à l'anglaise''] (Editions Les Presses Littéraires, 2007)
 
== Nota ==
Baris 129:
[[sk:Lotus (výrobca)]]
[[fi:Lotus Cars]]
[[sv:Lotus (bilbilmärke)]]
[[uk:Lotus Cars]]
79,044

suntingan