Kauntertenor: Perbezaan antara semakan

7 bait dibuang ,  12 tahun lalu
k
bot membuang: et:Kontratenor; perubahan kosmetik
k (bot menambah: et:Kontratenor)
k (bot membuang: et:Kontratenor; perubahan kosmetik)
{{Vocal range}}
'''''Kauntertenor''''' merujuk kepada penyanyi [[lelaki]] dewasa yang menyanyi dalam [[lingkungan suara]] [[alto]], [[mezzo-soprano]] atau [[soprano]], kebiasaannya melalui penggunaan ''[[falseto]]'' (teknik pemalsuan suara), atau juga melalui suara naluri (head register). Istilah “kauntertenor” digunakan khas untuk konteks vokal tradisi [[muzik klasikal]]. Suara ini melalui perubahan dan populariti yang besar pada separuh awal kurun ke-20, melalui seorang [[penyanyi]] berbangsa Inggeris, Alfred Deller, yang memperkenalkan suara ini dalam [[opera]] era barok untuk menggantikan penyanyi [[kastrato]]. Sebelum itu, peranan-peranan tersebut dinyanyikan oleh penyanyi [[kastrato]], namun kerana sukar untuk mencari penyanyi [[kastrato]] pada kurun ke-20, kauntertenor mula digunakan sebagai pengganti.
 
Walaupun penyanyi kauntertenor telah lama dianggap sebagai penyanyi yang disanjungi, namun, kauntertenor-kauntertenor moden dikata lebih cemerlang dalam [[opera]] dengan repertoir yang lebih besar.
 
== Sejarah ==
Pada lewat zaman pertengahan dan zaman pembaharuan, istilah ''kontratenor'' digunakan untuk bahagian suara dalam kaunterpoin melodi berlawanan dengan nyanyian penyanyi [[tenor]]. Nota muzik lingkungannya adalah hampir sama dengan lingkungan penyanyi [[tenor]].
 
Pada kurun ke-15, kontratenor berpecah kepada dua iaitu ''kontratenor altus'' dan ''kontratenor bassus'' ([[bahasa Latin]]), yang mana ''altus'' adalah lingkungan atas [[tenor]] dan ''basus'' di bawah. Walau bagaimanapun, pada kurun ke-16, istilah ini menjadi lapuk kerana seni [[Latin]] hilang popularitinya. Di [[Itali]], "contratenor altus" bertukar menjadi ''alto''; di [[Perancis]] dipanggil ''haute-contre'', di [[England]] menjadi kauntertenor. Istilah ini hanyalah bertukar panggilan namanya sahaja, namun penggunaan suara ini adalah tetap sama dari era Barok lagi; iaitu seorang yang boleh menyanyikan bahagian [[alto]] atau [[soprano]] dan bukan bahagian penyanyi [[tenor]].
 
== Suara kauntertenor ==
{{Vocal_ranges_visual}}
Setiap suara penyanyi [[lelaki]] memiliki daftar "[[falseto]]". Dalam daftar tingkat ini, kord vokal beralih dengan membesarkan keseluruhan [[lingkungan suara]] [[penyanyi]] tersebut untuk menghasilkan bunyi "falseto". Lingkungan suara ini kebiasaannya berada di penghujung kord vokal. Penyanyi [[tenor]] menggunakan kombinasi teknik falseto dan suara dada ketika menyanyi, manakala penyanyi [[bariton]] dan [[bes (suara)|bes]] hanya berbuat demikian untuk nyanyian muzik moden sahaja.
 
Walaupun begitu, penyanyi kauntertenor kebiasaannya adalah penyanyi yang mana "vokal tengah" mereka terletak dalam lingkungan falseto. Kauntertenor yang belajar untuk meluaskan suara dada mereka untuk mendapat falseto yang lebih jelas dikenali sebagai ''falsettis''.
 
== Kategori suara (fächer) kauntertenor ==
* '''[[Sopranis]]''' dan '''[[kauntertenor]]''' adalah suara nyanyian [[lelaki]] tertinggi yang biasanya menyanyikan peranan yang ditulis untuk [[kastrato]] untuk [[opera]] pada era barok. Mereka kerap (terutamanya kauntertenor) menyanyikan dalam lingkungan tersebut melalui penggunaan ''falseto'', namun kebanyakan [[sopranis]] mampu menyanyikan nada setinggi itu tanpa penggunaan ''falseto''.
* Peranan:
** Giulio Cesare, Tolomeo, Nireno, ''Giulio Cesare'' ([[George Frideric Handel]])
** Nerone, ''L'incoronazione di Poppea'' (Claudio Monteverdi)
** Orfeo, ''Orfeo ed Euridice'' ([[Christoph Willibald Gluck]])
Antara penyanyi kauntertenor yang pernah memainkan peranan-peranan ini termasuklah James Bowman, Michael Chance, Alfred Deller, Jochen Kowalski, Andreas Scholl, David Daniels, Brian Asawa dan Jean-Paul Fouchécourt.
 
== Lihat juga ==
{{Portal Opera}}
{{Portal Muzik Klasikal}}
* [[Penyanyi]]
 
== Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris ==
(Untuk pemahaman lanjut)
* {{en}} [http://en.wikipedia.org/wiki/Category:Countertenors Senarai penyanyi kauntertenor]
* {{en}} [http://en.wikipedia.org/wiki/Sopranist Sopranis]
* {{en}} [http://en.wikipedia.org/wiki/Boy_soprano Soprano kanak-kanak lelaki]
* {{en}} [http://en.wikipedia.org/wiki/Timbre Timbre]
 
== Pautan luar ==
* [http://www.operamania.com/voices-mezzo.htm Contoh suara Mezzo-soprano]
* [http://www.dlib.indiana.edu/variations/scores/scores.html Koleksi skor domain awam university Indiana ]
* [http://www.imslp.org/wiki/Main_Page Projek perpustakaan skor muzik antarabangsa]
* [http://hcl.harvard.edu/libraries/loebmusic/collections/digital.html Koleksi skor muzik university Harvard]
* [http://www.opera-guide.ch/opern_komponisten.php?uilang=en&first-letter=A Koleksi libreto dan terjemahan]
* [http://www.karadar.it/Operas/ Koleksi libreto Karadar]
* [http://opera.stanford.edu/operas.html Koleksi libreto university Stanford]
* [http://www.giuseppeverdi.it/page.asp?IDCategoria=162&IDSezione=581 Libreto penggubah Verdi]
* [http://www.rwagner.net/e-frame.html Libreto penggubah Wagner]
* [http://www.aria-database.com/ Pengkalan data Aria]
 
 
[[da:Kontratenor]]
[[de:Countertenor]]
[[et:Kontratenor]]
[[el:Κοντρα-τενόρος]]
[[en:Countertenor]]
77,154

suntingan