Kurosaki Ichigo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
k Fail Ichigo_kurosaki.PNG telah dibuang kerana ia telah dihapuskan di Commons oleh EugeneZelenko
Aurora (bincang | sumb.)
kemas
Baris 3:
| name = Kurosaki Ichigo
| series = [[Bleach]]
| image = [[Fail:KurosakiIchigo.jpg|250px]]
| caption = Ichigo dalam pakaian ''shinigami'', bersenjatakan zangetsu.
| creator = [[Tite Kubo]]
Baris 37:
 
== Sejarah ==
[[ImejFail:YoungIchigo.jpg|200px|right|thumb|Si kecil Ichigo]]Ibu Ichigo, Kurosaki Masaki mula membawanya ke dojo untuk belajar karate apabla Ichigo berumur empat tahun. Di sana, dia bertemu dan berlawan dengan [[Arisawa Tatsuki]] dan dikalahkan beberapa kali olehnya. Tetapi, setiap kali hal ini berlaku, Ichigo akan mula menangis dan berhenti serta-merta apabila dipujuk oleh ibunya yang sangat rapat dengannya.
 
Apabila Ichigo berusia sembilan tahun, Masaki telah dibunuh oleh hollow Grand Fisher. Tetapi, Ichigo tidak menyedari hal sebenar sehinggalah bahagian awal cerita utama ''Bleach'' bermula; dia menyangka ibunya mati dihempap oleh sesuatu objek yang jatuh dari langit. Ichigo amat tergamam dengan peristiwa tersebut dan berdiri di tebing sungai tempat ibunya mati selama beberapa hari. Seluruh keluarga Kurosaki berubah selepas kematian Masaki - Karin menjadi lebih kental dan tidak menangis lagi sementara Yuzu mengambil alih tugas menjaga rumah. Sebelum menyedari kebenaran di sebalik pembunuhan ibunya, Ichigo menyalahkan dirinya kerana merayau terlalu dekat dengan sungai dan menyebabkan ibunya mengorbankan diri demi menyelamatkan Ichigo.
Baris 148:
 
=== Kuasa hollow ===
[[ImejFail:HollowPowers.jpg|right|200px|thumb|Hollow Ichigo dan Ichigo yang asal]]Kuasa semangat Ichigo tidak terbatas kepada keupayaan shinigami tetapi menjangkau kuasa hollow. Kuasa hollow itu diperoleh daripada latihannya dengan Urahara. Semasa Ichigo cuba menguasai minda dan tubuhnya semula sebagai shinigami, dia akan bertukar kepada hollow secara fizikal sementara jiwanya memendam semangat hollow.
 
Hollow Ichigo adalah lebih kejam daripada Ichigo yang asal tetapi kenyataan ini adalah biasa. Roh ini lebih yakin akan kehebatannya dan sering menyindir kelemahan Ichigo. Dia juga suka mencemuh kelemahan pihak lawan, bersifat sadis, dahagakan darah dan mempunyai hilai tawa yang ngeri. Mimik muka seperti orang gila dengan senyuman keji sering kelihatan pada wajahnya.
Baris 161:
 
===Zangetsu===
[[ImejFail:Zangetsu.jpg|200px|right|thumb|Semangat Zangetsu dan Ichigo]]Zanpakutō Ichigo bernama Zangetsu (斬月, pembelah bulan). Tidak seperti shingami lain yang boleh mengurung semula zanpakutō mereka selepas membebaskannya, zanpakutō Ichigo sentiasa berada dalam keadaan bebas (tahap pertama). Hal ini mungkin kerana Ichigo mempunyai kuasa semangat yang sangat besar. Yoruichi menyatakan bahawa zanpakutō Ichigo adalah jenis yang "bebas" pada setiap masa; apabila zanpakutō tersebut dibebaskan pertama kali, pedang tersebut akan sentiasa berada dalam keadaan tersebut.
 
Roh Zangetsu berupa seperti lelaki yang berumur 30 hingga 40an dan Ichigo memanggilnya "pak cik" (おっさん, ossan). Zangetsu juga pernah digelar sebagai "lelaki berpakaian hitam" (黒衣の男, kokui no otoko). Zangetsu digambarkan sebagai seorang yang bijak dan tenang dalam kebanyakan perkara dan gemar menguji Ichigo dengan beberapa kaedah ganjil yang selalunya mempunyai objektif tersirat.
 
Apabila Ichigo menjadi shinigami, zanpakutōnya hanyalah sebilah pedang yang lebih besar daripada biasa dan dilengkapkan dengan sarung pedang yang sama besar di belakangnya. Saiz ini disebabkan oleh kuasa semangat Ichigo yang besar dan tidak dikawal. Sebagai akibatnya, pedang tersebut lemah kerana sedikit kuasa semangat digunakan untuk menciptanya. Kuchiki Byakuya memotong sebahagian besar zanpakutōnya dalam pertarungan dan Urahara membelah pedang tersebut ke hulunya untuk memaksa Ichigo mempelajari nama zanpakutōnya supaya dapat membebaskan tahap pertama pedangnya.
Apabila Ichigo menjadi shinigami,
zanpakutōnya hanyalah sebilah pedang yang lebih besar daripada biasa dan dilengkapkan dengan sarung pedang yang sama besar di belakangnya. Saiz ini disebabkan oleh kuasa semangat Ichigo yang besar dan tidak dikawal. Sebagai akibatnya, pedang tersebut lemah kerana sedikit kuasa semangat digunakan untuk menciptanya. Kuchiki Byakuya memotong sebahagian besar zanpakutōnya dalam pertarungan dan Urahara membelah pedang tersebut ke hulunya untuk memaksa Ichigo mempelajari nama zanpakutōnya supaya dapat membebaskan tahap pertama pedangnya.
 
Zangetsu yang dibebaskan pada tahap pertama kelihatan seperti pisau mencincang daging yang besar tanpa hulu tetapi lebih bernilai estetik. Pedang ini setinggi Ichigo iaitu 1.74 meter dan merupakan bilah hitam berhujung perak. Ichigo mengikat Zangetsu di belakangnya dengan kain yang dililitkan di pemegangnya. Apabila tidak digunakan, kain tersebut memanjang untuk menutupi keseluruhan pedangnya dan jatuh serta memendek apabila Zangetsu digunakan. Kain ini juga boleh digunakan untuk menghayun pedang tersebut dan disasarkan kepada lawan tetapi gaya ini jarang-jarang digunakan. Malah, cara ini hanya digunakan oleh hollow Ichigo di dunia semangat dalaman Ichigo semasa bertarung dengan Zaraki Kenpachi. Keupayaan istimewa Zangetsu ialah getsuga tenshō (月牙天衝, taring bulan memecah langit) yang menembak tenaga termampat dari mata pedang dan berbentuk seperti bulan sabit. Ichigo menggunakan keupayaan ini beberapa kali tanpa mengetahui namanya tetapi menguasai teknik ini setelah mempelajari namanya. Seperti yang dikatakan oleh Zangetsu, hakikat bahawa seseorang tahu atau tidak tahu tentang nama sesuatu serangan menyebabkan perbezaan yang besar dari segi kuasa yang dibebaskan oleh serangan tersebut.
Baris 175 ⟶ 174:
 
Kuchiki Byakuya menerangkan bahawa pembebasan tahap terakhir Ichigo memampatkan kuasanya dan bukan meluaskan keupayaan asal kuasa pedang. Kuasa yang termampat ini membolehkan Ichigo bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi daripada langkah kilat dan mempunyai ketangkasan serta refleks yang dipertingkat. Kuasa baru ini tidak memberikan apa-apa keupayaan istimewa tambahan tetapi mempunyai getsuga tenshō berwarna hitam yang lebih berkuasa dan boleh ditentukan arahnya oleh Ichigo. Teknik ini ditunjukkan oleh hollow Ichigo dan pada mulanya membawa risiko untuk Ichigo bertukar kepada hollow jika digunakan terlalu kerap. Hal ini tidak lagi memberikan masalah setelah Ichigo berjaya menguasai hollow dalamannya.
 
{{endspoiler}}
 
== Rujukan ==
{{Reflist|2}}
 
<br>
{{Watak-watak Bleach}}
 
[[Kategori:Watak Bleach]]
 
[[ar:إيتشيغو كوروساكي]]