Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
→‎UNDILAH SAYA: bahagian baru
Smim90 (bincang | sumb.)
Baris 39:
Assalamualaykum, Salam Sejahtera dan Salam Wikipedia,
 
Kehadapan Saudara ZamwanMhby87, saya merupakan pengguna Wikipedia Smim90 sedang mengadakan kempen kutipan suara melalui undian. Tujuan saya mengadakan kutipan suara ini adalah untuk mencari sokongan ahli Wikipedia bahasa Melayu yang budiman untuk memilih saya sebagai salah seorang PENYELIA WIKIPEDIA BAHASA MELAYU. Saudara, tujuan saya memohon jawatan sebagai penyelia ini adalah untuk membuat suatu transformasi pembaharuan dalam Wikipedia bahasa Melayu. Namun saya berpendapat keinginan saya mungkin tidak dapat dilunaskan sekiranya saya tidak mendapat sokongan yang kuat daripada anda. Saya seringkali sentiasa berusaha bersama para pengguna Wikipedia bahasa Melayu yang lain dalam mengecapi suatu matlamat yang sama bagi menyediakan rencana dan juga pelbagai pengisian yang bermanfaat dalam Wikipedia, namun saya tidaklah mahu sesuatu sumbangan itu boleh dikatakan "serumpun" sahaja kerana apa yang penting adalah kepelbagaian dan usaha kita yang tidak terhad, kerana itu juga saya amat menaruh harapan kepada anda SAHABAT, sebagai rakan seperjuangan yang sentiasa mencari adunan yang cukup sebati dalam mencipta resipi ilmu yang tidak akan dilupakan selama-lamanya .Inilah rencah kencana kehidupan.
 
Jika saudara mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap diri saya untuk menjadi PENYELIA WIKIPEDIA BAHASA MELAYU, saudara bolehlah memasuki pautan [[Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Smim90 sebagai penyelia 09 Mei 2010]]