Parti Perikatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Siber79 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej:Perikatan.gif|thumb|right|frames|Logo Parti Perikatan]]
'''Parti Perikatan''' ialah sebuah [[parti politik]] [[Malaysia]] yang dimulakan oleh orang [[Melayu]] yang bersatu di bawah presiden [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu|UMNO]], [[Tunku Abdul Rahman|Tunku Abdul Rahman Putra]], untuk satu tujuan, iaitu berjuang bagi mendapat [[kemerdekaan]] dan kebebasan daripada penjajah [[British]] untuk [[Tanah Melayu]]. Kaum [[Tionghoa|Cina]] dan [[Orang India|India]], bergabung dengan orang Melayu untuk tujuan yang sama. Gabungan parti itu menggunakan lambang "Kapal Layar". Parti ini berjaya untuk memperoleh pemerintahan sendiri daripada pihak British dan menjalankan pemerintahan [[demokrasi]] sehingga hari ini. Parti ini juga berjaya memperoleh kemerdekaan daripada pihak British untuk [[Sabah]] dan [[Sarawak]]. Parti Perikatan inilah kemudian bertukar kepada [[Barisan Nasional]] yang merupakan sebuah parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum, [[agama]],[[ budaya]] yang kuat, berjaya, dan mempunyai matlamat yang kukuh dan tersendiri.
 
==Sejarah==
Setelah menyedari kesusahan yang harus dilalui untuk mendapatkan kebebasan, pemimpin Melayu kemudian membawa masuk masyarakat bukan Melayu untuk berjuang bersama-sama. Ini adalah bertujuan agar semua kaum dapat mengetahui kepentingan kebebasan dan kesusahan yang perlu dilalui untuk mendapatkannya. Dengan kebijaksanaan dan matlamat yang menekankan objektif jarak jauh, arena politik tempatan harus ditubuhkan dengan segera.
 
Baris 6 ⟶ 8:
 
Konsep penggabungan ini menghasilkan kejayaan yang menakjubkan dan ini menarik [[Kongres India Se-Malaysia]] (MIC) untuk memasuki perikatan ini. Perikatan ini kemudiannya bertanding dalam Pilihanraya Pertama pada [[27 Julai]] [[1955]] dan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Perikatan tersebut diberikan keutamaan untuk menubuhkan kerajaan pertama di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai [[Perdana Menteri Malaysia|Perdana Menteri]] pertama. Beliau kemudian menubuhkan Kabinet Menteri yang dilantik daripada pelbagai kaum di Malaysia. Perikatan ini merupakan percubaan yang berani yang diilhami oleh Tunku, Tun Tan Cheng Lock and [[Tun Sambanthan]].
 
==Didaftarkan==
 
Pada [[30 Oktober]] [[1957]], Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC dengan rasminya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik. Pendaftaran secara rasmi Parti Perikatan ini menjadikan parti tersebut sebagai sebuah badan yang sah dan dapat bergerak sebagai sebuah parti pemerintahan schingga membentuk satu asas yang kukuh kepada tampuk pemerintahan negara sehingga sekarang.
Baris 13 ⟶ 17:
Parti Perikatan Tanah Melayu telah membentuk aliran sejarah negara ini dan permulaan perjuangannya ialah menuntut, mendapat dan menegakkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada [[31 Ogos]] [[1957]]. Parti Perikatan ini seterusnya mencatatkan sejarah dengan terbentuknya [[Malaysia|Persekutuan Malaysia]] pada [[16 September]] [[1963]].
 
==Kerjasama Kaum==
Kerjasama pelbagai kaum di bawah perikatan ini amat berkesan dan diterima oleh semua orang sehingga gabungan parti ini merupakan satu kekuatan baru bagi permerintahan demokrasi. Penggabungan kaum, pembahagian kuasa dan penyatuan antara kaum di Tanah Melayu mendapat sokongan daripada semua orang. Semua pemimpin daripada pelbagai kaum mempunyai matlamat bahawa Kemerdekaan Tanah Melayu tidak dapat diperolehi tanpa penyatuan kaum bagi tujuan keharmonian dan keamanan.