Pawang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Pawang''' merujuk kepada ahli perubatan tradisional dalam masyarakat [[Melayu]] dahulu kala. Pawang mengubat berdasarkan kepada penggunaan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Sekiranya sesuatu penyakit gagal disembuhkan, pawang akan berpaling kepada kepercayaan kepada kekuasaan roh dari alam sekeliling, yang merupakan satu cara hidup sebelum ajaran [[Islam]] berkembang di nusantara bagi mengubat pesakit. Selain pawang, ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu turut dikenali sebagai tabib, [[dukun]] atau [[bomoh]]. Bagaimanapun, pawang dianggap sebagai yang paling berkemampuan dikalangan ahli perubatan tradisional ini.
 
Pawang merupakan orang yang sangat dipercayai boleh menyembuhkan berbagai-bagai penyakit kerana beliau saja yang dianggap boleh berhubung dengan roh atau kuasa ghaib. Bidang kuasa Pawang di anggap lebih luas daripada bidang [[bomoh]]. Seorang pawang selain mampu mengubat pelbagai jenis penyakit, turut mampu mengendalikan upacara umum bagi memastikan hasil tuaian padi yang banyak, atau melindungi masyarakat daripada wabak penyakit.
 
Di Malaysia, perubatan moden tidak diperkenalkan secara meluas di kawasan kampung luar bandar sehinggalah Malaysia mencapai kemerdekaan selepas [[Perang Dunia Kedua]], apabila kemudahan perubatan awam kebangsaan, dan pelajar lulusan universiti tempatan dalam perubatan moden mula mencapai bilangan yang mencukupi bagi memberikan perkhidmatan kesihatan awam. Selain itu kempen penerangan umum yang dilancarkan oleh kerajaan bagi menerangkan kelebihan kesihatan moden berbanding perubatan tradisional secara beransur-ansur menjadikan orang semakin berkurangan mendapatkan perkhidmatan pawang, sungguhpun ia masih kekal.
Ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu turut dikenali sebagai tabib, [[dukun]] atau [[bomoh]].
 
Sungguhpun begitu, perubatan tradisi masih kekal, tetapi lebih terhad kepada masalah yang dianggap tidak dapat diubati dengan rawatan moden seperti masaalah [[santau]], ganguan makluk halus, dan masalah-masalah yang yang serupa dengannya. Perubatan tradisional ini tidak terhad kepada ethnik tertentu, malah pengamal perubatan yang berjaya mampu mendapatkan pelanggan merentasi pelbagai negara-negara berdekatan.
 
==Rujukan ==