Juan Peron: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: yo:Juan Perón; perubahan kosmetik
Baris 20:
 
== Sejarah Awal ==
Dilahirkan di [[Lobos]], [[Buenos Aires]], Perón melanjutkan pelajarannya di [[Colegio Militar]] iaitu sebuah akademi tentera dari [[1911]] ke [[1913]] dan [[Escuela Superior de Guerra]] dari [[1926]] ke [[1929]]. Pada tahun [[1930]] dia menyertai pemberontakan tentera menentang Presiden [[Hipólito Irigoyen]] dan menjadi [[setiausaha sulit]] menteri pertahanan antara [[1930]] dan [[1935]]. Kemudian, beliau berpeluang mengajar di kolej lamanya di [[Escuela Superior de Guerra]], bertugas sebagai [[attachéatase]] tentera di [[Chile]] selama setahun, menulis lima buah buku mengenai sejarah militari, dan mengunjungi [[Itali]] untuk mempelajari kaedah militari di [[pergunungan Alpine]].
 
Sebaik sahaja pulang ke [[Argentina]] pada [[1941]], Perón bersama beberapa pegawai yang lain telah melancarkan [[rampasan kuasa]] atau ''"coup d'état"'' pada Jun [[1943]]. Beliau kemudiannya mengambilalih kementerian buruh dan menukar gerakan buruh dengan cara melemahkan pengaruh parti [[bersayap kiri]] di sana. Beliau juga telah menguatkuasakan [[undang-undang buruh]] yang baru serta melancarkan persatuan buruh yang baru. Perón telah dilantik sebagai naib-Presiden dan juga [[menteri]] pertahanan pada [[1944]]. Apabila kuasanya semakin meningkat, penentangan terhadapnya semakin berleluasa terutamanya dari pihak tentera. Pada 9 Oktober, [[1945]], beliau dipaksa meletak semua jawatannya dan telah dipenjarakan. Dalam waktu yang singkat, perletakan jawatan Perón's telah mencetuskan krisis kerajaan dan ia diselesaikan pada 17 Oktober, bila penyokong daripada golongan buruh telah berjaya melancarkan satu [[revolusi]] yang terancang dan membebaskannya dari [[penjara]]. Empat hari kemudian beliau [[kahwin|berkahwin]] dengan wanita simpanannya, Mariá Eva Duarte, yang dikenali ramai sebagai Evita (lihat [[Eva Peron]]).