Juan Peron: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 33:
 
== Kejatuhan regim Perón ==
Kematian isterinya yang tersayang iaitu Eva Peron atau Evita pada 1953 telah memberi impak kepada beliau. Evita merupakan penasihat serta pengaruh yang terpenting dalam kehidupannya. Beliau mula membuat beberapa kesilapan dalam kerjayanya. Satu kesilapan yang utamabesar ialah dengan memberi hak kepada Standard Oil (atau sekarang dikenali sebagai [[ESSO]]) sebuah syarikat dari [[Amerika Syarikat]] untuk mengeksploitasikan sumber [[petroliam]] di Argentina. Di samping itu, beliau telah menjarakkan dirinya dari penyokongnya yang paling setia, iaitu golongan [[buruh]].
 
Selain itu, beliau telah mendapat tohmahan antarabangsa kerana menjadikan Argentina sebagai tempat perlindungan bagi [[diktator]] serta pembunuh yang kejam. Antaranya termasuklah [[diktator]] fahaman fasis [[Ante Pavelic]] dan penjenayah perang seperti [[Josef Mengele]] ("Malaikat Maut" parti Nazi) dan [[Adolf Eichman]].