Puak Reuben: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zamwan (bincang | sumb.)
Zamwan (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 4:
'''Puak Reuben''' ({{Hebrew Name|שֵׁבֶט רְאוּבֵן|Shevet Re'uven|Šḗḇeṭ Rəʼûḇēn}}) adalah salah satu daripada [[Bani Israel|puak-puak Israel]].
 
Sejak daripada penaklukkan tanah oleh Joshua sehingga penubuhan [[Kerajaan Israel (kerajaan bersatu)|Kerajaan Israel]] pertama sekitar tahun [[1050 SM]], puak Reuben merupakan sebahagian dari persekutuan longgar puak-puak Israel. Tiada sebuah kerajaan pusat yang wujud, dan semasa krisis rakyat akan dipimpin oleh para pemimpin ad hoc yang dikenali sebagai [[hakim Bible|Para Hakim]]. (lihat [[Kitab Para Hakim]]). Dengan peningkatan ancaman serangan mendadak dari [[Philistine]], puak-puak Israel memutuskan untuk membentuk kerajaan beraja pusat yang kuat bagi menempuh cabaran, dan Puak Reuben menyertai kerajaan dengan [[Saul]] sebagai raja pertama mereka. Selepas kematian Saul, kesemua puak selain [[Puak Judah]] kekal setia bersama Kerabat Saul, tetapi selepas kematian [[Ish-bosheth]], anak lelaki Saul dan pewaris kepada takhta Israel, Puak Reuben menyertai puak-puak Israel lain di utara mengangkat [[Daud]], yang kemudian menjadi raja Judah, raja bagi Kerajaan Israel yang disatukan semula. Walaubagimanapun, semasa pentabalan [[Rehoboam]], cucu Daud sebagai raja, pada sekitar tahun 930 SM, puak-puak di utara berpecah dari [[keturunan Daud|Kerabat DavidDaud]] untuk membentuk Kerajaan Israel sebagai Kerajaan Utara. Reuben merupakan ahli dalam kerajaan ini sehingga kerajaan ini ditakluk oleh [[Assyria]] pada sekitar tahun 723 SM dan para penduduknya dihalau keluar.
 
Sejak dari itu, Puak Reuben dikira sebagai salah satu daripada [[Sepuluh Puak Yang Hilang]] dari Israel.