Pretoria: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 55:
Ibukota ini telah dibuka pada 1855 dan diisytiharkan sebagai ibunegeri ''Zuid-Afrikaansche Republiek'' (ZAR) atau Republik Afrika Selatan, iaitu republik Boer di wilayah [[Transvaal]]. Parlimen [[Volksraad]] bersetuju atas penubuhan sebuah bandar pusat yang diberi nama Pretoria. Keputusan itu dibuat secara rasmi pada [[16 Disember]] [[1855]] dan hingga ke hari ini ia dianggap sebagai [[Hari Pretoria]]. Pretoria dinaik taraf menjadi pusat [[kerajaan]] pada [[1 Mei]] [[1860]]. Pada 14 October 1931, Pretoria diberi pengiktirafan sebagai [[bandar raya]] dan apabila Afrika Selatan menjadi [[republik]], Pretoria kekal sebagai pusat pentadbiran negara.
 
Sebelum nama Pretoria dipilih, beberapa nama lain telah dicadangkan seperti Pretoriusdorp, Pretorium, Pretoriusstad dan Pretoria-Philadelphia. Di samping itu bandar [[Potchefstroom]] (sebuah bandar sederhana besar yang terletak 300 km300km di barat [[Johannesburg]]) telah bertanding untuk status ibunegara ZAR tetapi telah gagal, dan Volksraad (parlimen) telah ditubuhkan di Pretoria. Akibatnya berlakulah perhubungan yang kerap tegang di antara industri perlombongan emas di Johannesburg dengan kerajaan pusat Republik Transvaal (ZAR). Namun pemimpin Boer di Pretoria telah berjaya mengawal [[industri emas]], malah mengaut keuntungan yang banyak daripada industri tersebut.
 
Banyak peristiwa hitam telah berlaku di sini. Antaranya ialah pembunuhan Solomon Mahlangu, yang telah digantung pada [[6 April]] [[1979]]. Solomon yang berusia 22 tahun terkenal sebagai seorang aktivis yang termuda pernah dikenakan hukuman mati. Kini sebuah monumen telah didirikan untuk mengingati jasanya.