Republik Hawaii: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dekoelie (bincang | sumb.)
Dekoelie (bincang | sumb.)
Baris 10:
Pada [[1887]], [[Perlembagaan Bayonet]] telah digubalkan oleh [[Lorrin A. Thurston]], Menteri Dalam Negeri di bawah [[Raja David Kalakaua|Raja David Kalākaua]]. Perlembagaan ini telah diisytiharkan oleh raja setelah pertemuannya dengan sekitar 3000 penduduk dan juga tentera rakyat yang menuntut dia menandatangani perlembagaan tersebut atau akan dibuang takhta. Dokumen ini telah mendirikan sebuah pemerintahan raja berperlembagaan seperti [[United Kingdom]], melucutkan segala kuasa peribadi dari raja, memberi kuasa yang lebih kepada dewan perundangan dan menubuhkan sebuah kerajaan berkabinet.
 
Perlembagaan ini memberi kuasa kepada rakyat untuk melantik anggota untuk [[Dewan Bangsawan]] yang dulunya hanya dilantik oleh raja. Hak untuk mengundi oleh rakyat tidak diberikan sepenuhnya; mereka yang mempunyai nilai harta yang tinggi mendapat hak tersebut dan nilai yang ditetapkan adalah lebih tinggi daripada apa yang terdapat di Perlembagaan 1864. Akibatnya, penduduk miskin Hawaii dan Eropah yang dulunya boleh mengundi kini tidak berupaya untuk membuat demikian. Perlembagaan ini juga memberi hak mengundi kepada penduduk asal Hawaii dan juga Eropah dan Amerika walaupun ada di kalangan mereka yang tidak memiliki kerakyatan Hawaii. Penduduk keturunan Asia yang merupakan kaum minoriti terbesar tidak diberikan hak tersebut. Beberapa penduduk keturunan Cina dan Jepun yang diwarganegarakan semasa pemerintahan beraja juga dihilangkan hak mereka untuk mengundi. Perlembagaan Bayonet juga mengizinkan raja untuk melantik anggota kabinet tanpa persetujuan daripada dewan perundangan walaupun kebanyakkan kuasanya telah dilucutkan.
 
==Perlembagaan Liliuokalani==