Republik Hawaii: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dekoelie (bincang | sumb.)
Dekoelie (bincang | sumb.)
Baris 19:
Hasrat utama Liliuokalani adalah untuk mengembalikan kuasa sepenuhnya kepada raja dengan menarik kembali perlembagaan Bayonet yang dia telah berjanji untuk pertahankan. Dia telah melancarkan sebuah kempen yang berhasil melahirkan sebuah surat rayuan oleh rakyatnya untuk mengisytiharkan sebuah perlembagaan baru. Apabila dia memberitahu kabinet mengenai cadangannya, mereka enggan menyokongnya.
 
Rakyat Hawaii yang telah memaksa Raja Kalakaua untuk menandatangani Perlembagaan Bayonet menjadi cemas dengan tindakan ratu mereka untuk mengumumkan sebuah perlembagaan baru. Sekitar 1500 askar rakyat di bawah pimpinan [[Honolulu Rifles]] dan [[Jawatankuasa Keselamatan (Hawaii)|Jawatankuasa Keselamatan]] mengambil alih bangunan kerajaan, melucutkan senjata Tentera Diraja dan mengisytiharkan penubuhan sebuah kerajaan sementara. Rakyat Amerika yang tinggal di Honolulu bimbang dengan keselamatan dan harta mereka. Sekitar 150 tentera laut dan askar [[Kor Marine Amerika Syarikat|Kor Marin]] dari sebuah kapal tentera laut di pelabuhan Honolulu telah dikerahkan untuk menjaga keamanan di Hawaii dan melindungi rakyat dan harta Amerika. Tentera Amerika tidak masuk campur dalam krisis yang sedang dilalui; mereka tidak emmasukimemasuki perkarangan Istana dan juga tidak mengambil alih sebarang bangunan.
 
[[Image:President Grover Cleveland.jpg|thumb|right|194px|Presiden Grover Cleveland]]