Nemanja Vidić: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Real syden (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Real syden (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 51:
== Karier Antarabangsa ==
 
Vidić membuat penampilan senior pertamanya pada 12 Oktober 2002 ketikamenentangketika menentang Itali dalam pusingan kelayakan UEFA Euro 2004. DiSeterusnya, di samping Mladen Krstajić, Ivica Dragutinović dan Goran Gavrančić, Vidić membentuk gandingan '''"Famous Four"''' Serbia dan Montenegro yang mencatatkan rekod dengan hanya dibolosi satu gol dalam 10 perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2006. Bagaimanapun beliau terlepas perlawanan pembukaan Piala Dunia 2006 menentang Belanda berikutan penggantungan selepas dilayangkan kad merah ketika perlawanan terakhir pusingan kelayakan menentang Bosnia dan Herzegovina. Seterusnya beliau mengalami kecederaan ligamen lutut kiri ketika sesi latihan dan langsung tidak bermain dalam kejohanan tersebut.
 
Selepas Piala Dunia 2006, Vidić kekal mewakili pasukan kebangsaan Serbia ( yang telah berpecah dengan Montenegro ). Beliau merupakan antara tonggak utama ketika Piala Dunia 2010 dan memainkan peranan penting membawa Serbia mara ke pusingan akhir mengatasi skuad Perancis dan Romania di peringkat kumpulan, di samping memiliki rekod pertahanan terbaik.