Wangsa Syailendra: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7:
[[Inskripsi]] Syailendra terawal bertarikh dari [[778]] (Inskripsi Kalasan). Kuasa Syailendra tertumpu di [[Dataran Kedu]] yang terletak di Jawa selatan-tengah. Kawasan ini adalah kawasan [[sawah]] yang memberikan keselamatan daripada serangan laut yang sering berlaku di pantai utara pulau itu.
 
[[Ekologi]] Daratan Kedu memerlukan kerjasama untuk memperuntukkan [[air]] kepada para penanam [[padi]]. [[Keturunan]] pemerintah tempatan muncul untuk mengawal dan menyelaraskan air di setiap [[sungai]] atau [[lembangan sungai]]. Menurut [[Clifford Geertz]], sawah memerlukan banyak kerja untuk membina dan memeliharakan [[saliran]], [[terusan]], dan [[teres]]. Sesuatu [[keturunan yang dapat memobilisasikan [[tenaga kerja]] melebihi satu lembangan sungai akan dapat menguasai keturunan tempatan yang lain. Syailendra dapat memobilisasikan tenaga kerja melintasi sempadan-sempadan setiap lembangan sungai melalui penggunaan kuasa perlambangan yang dikaitkan kepada penggunaan [[upacara amal]] [[Hinduisme|agama Hindu]] dan [[Agama Buddha|Buddha]], termasuk inskripsi [[Sanskerta]], sebuah [[istana]] bergaya [[India]] dan sebuah [[kraton]], serta kuil-[[kuil]] dan tugu-[[tugu peringatan]].
 
==Sejarah==
"Sailendra", nama wangsa yang diberikan oleh [[Sejarah|ahli sejarah]] bermaksud "penguasa gunung". Gelaran ini mungkin dipilih untuk menimbulkan kenangan pada gelaran '''sailaraja''' ([[raja]] gunung) yang dipergunakan oleh raja-raja [[Funan]] yang dituntut merupakan leluhur wangsa Sailendra. Gelaran ini sering termuncul dalam [[epigrafi]] Sailendra walaupun nama ini tidak semestinya digunakan oleh keturunan pemerintah tersebut. Pemerintah-pemerintah Srivijaya]] seringnya merujuk kepada diri sendir sebagai Sailendra di [[India]] untuk alasan-alasan yang tidak dapat dipastikan.
 
Selepas pembentukan Srivijaya, Sailendra mengekalkan hubungan yang rapat dengan Srivaya, termasuk hubungan melalui [[perkahwinan]]. Hubungan bersaling antara kedua-dua kemaharajaan ini memastikan bahawa Srivijaya tidak perlu takut akan kemunculan satu pesaing Jawa, dan Sailendra mempunyai laluan ke pasaran antarabangsa. Sailendra menyertai [[perdagangan]] [[Jalanan Rempah]] antara [[China]] dan [[India]], tetapi tahap penyertaannya tidak pernah dapt menyaingi Srivijaya. Penanaman padi intensif merupakan keluaran utama kemaharajaan Sailendra.
 
Sailendra melitupi Dataran Kedu dengan tokong dan kuil [[Agama Buddha|Buddha]] [[Vajrayana]] untuk merayakan dan menegaskan kuasa mereka. Kompleks kuil [[Borobudur]] yang dibina antara tahun [[778]] dan [[824]] merupakan pencapaian Sailendra yang terutama. Borobudur merupakan tugu peringatan agama Buddha yang pertama di [[Asia Tenggara]], dan mempengaruhi pembinaan tugu-tugu peringatan yang kemudian, seperti [[Angkor Wat]] di [[Kemboja]].
 
Pada kemuncaknya, kemaharajaan Sailendra memerintah dua pertiga daripada Jawa timur, [[Bali]], [[Lombok]], kawasan pantai [[Kalimantan]], [[Sulawesi]] selatan, dan [[Chenla|Chenla Laut]], [[pengganti negara]] Funan.
 
==Garis masa==