Hukuman mati: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Fail:KetchumHanging.JPG|thumb|right|Hukuman gantung adalah sejenis hukuman mati.]]
'''Hukuman mati''' ialah hukuman yang diputuskan oleh pihak [[mahkamah]] membabitkan pesalah dibunuh sebagai balasan [[jenayah]]nya, sama ada secara pancung, tembak, gantung, suntikan maut ataudan sebagainya.
 
Hukuman mati mempunyai sejarah yang lama dalam masyarakat [[manusia]], dan pernah berlaku di hampir semua masyarakat. Biasanya, hukuman mati itu dilaksanakan demi menegakkan keadilan di dalam masyarakat. Tetapi dari segi ketenteraan, hukuman mati adalah satu cara untuk mengawal disiplin [[tentera]]. Contohnya, askar yang enggan bertempur atau lari daripada tugasan boleh dihukum mati. Tindakan ini adalah supaya tiada askar yang enggan bertempur kerana takut. Selain itu, hukuman mati juga merupakan satu cara untuk mengadakan kawalan sosial. Di negara yang [[Autokrasi|autokratik]], mereka yang mempunyai perbezaan pendapat dengan kerajaan mungkin akan dihukum mati. Contohnya di negara [[Komunisme|komunis]], seseorang itu akan dibunuh sekiranya ia dianggap "anti-revolusi" ataupun pemikirannya itu "berbahaya kepada masyarakat".