Perbezaan antara semakan "Jata Malaysia"

5 bait ditambah ,  10 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
[[Image:Coat of arms of Malaysia.png|thumb|right|250px|Jata negara Malaysia.]]
'''Lambang Malaysia, atau ''Jata Negara''''' menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam [[Malaysia|Persekutuan Malaysia]], dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama [[Islam]] - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tandamenandakan [[Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu]] dahulu ([[Johor]], [[Kedah]], [[Perlis]], [[Kelantan]] dan [[Terengganu]]).
Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri [[Pulau Pinang]] dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri [[Melaka]]. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari [[Negeri-negeri Selat]] dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna [[Pahang]]; merah dan kuning warna [[Selangor]]; hitam, putih dan kuning warna [[Perak]]; merah, hitam dan kuning warna [[Negeri Sembilan]]. Empat buah negeri ini ialah [[Negeri-negeri Melayu Bersekutu]] yang asal.
2

suntingan