MV Rachel Corrie: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 51:
}}
|}
'''MV Rachel Corrie''' adalah kapal laut yang dimiliki dan dikendalikan oleh [[Gerakan Pembebasan Gaza]] untuk rakyat [[Palestin]]. Awalnya disebut MV Linda . MV Rachel Corrie mendapat namanya sempena nama seorang aktivis [[Amerika Syarikat]] yang bernama Rachel Corrie yang telah terbunuh di [[Palestin]] pada tahun 2003 akibat serangan kejam tentera Zionis menggunakan jentolak sewaktu beliau ingin mempertahankan kediaman rakyat Palestin yang mahu dirobohkan oleh tentera Israel.
 
==Sejarah==
Baris 59:
Pada tahun 2009, kapal ini telah membawa [[kayu]] ke pelabuhan [[Dundalk]] dari [[Laut Baltik]] . Mulanya didaftarkan di [[Kemboja]]. Kapal ini ditinggalkan begitu sahaja di [[Riga]] akibat bankrap/muflis. Tunggakan hutang mencapai € 42,000. Bantuan daripada Perketuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa (ITF), sekutu dari Persatuan Ireland SIPTU , kru kapal kembali ke negara asal pada bulan November 2009.
 
Kapal ini disita oleh Mahkamah Tinggi dan dilelong di [[Dundalk]] untuk € 70.,000. Kemudian menjadi milik [[Gerakan Bebas Gaza]] pada 30 Mac 2010. Dengan itu Ken Fleming boleh membayar tunggakan gaji kru mereka. Namanya ditukar kepada MV Rachel Corrie dan dilancarkan semula pada 12 Mei 2010. Misi ini bertujuan untuk membantu penduduk Palestin di [[Semenanjung Gaza]] yang terkepung oleh tentera Israel tanpa menerima bekalan asas. Penumpang kapal ini termasuklah Sinn Fein, ahli politik , [[wartawan]] dan aktivis.
Kementerian Luar Negeri Israel menuduh mereka hanya untuk mencipta provokasi dan untuk berkolaborasi dengan propaganda [[Hamas]].
 
==Misi Kemanusian==
Ketika misi bantuan kemanusian untuk Gaza pada Mei-Jun 2010, pada tanggal 5 Jun 2010, kapal bantuan kemanusian MV Rachel Corrie telah dirampas oleh tentera Israel kira-kira pukul 2.45 petang (waktu Malaysia GMT+8) tanpa berlaku sebarang keganasan, kecederaan dan pembunuhan. Penawanan kapal itu oleh tentera Israel berlaku di [[Perairan Antarabangsa]] kira-kira 35 batu nautika (30 kilometer) dari Gaza. Kru kapal MV Rachel Corrie ialah seramai 19 orang penumpang. 6 daripadanya ialah rakyat [[Malaysia]] dan 13 yang lain ialah warga negara [[Ireland]]. Menurut jurucakap tentera Israel, kapal tersebut telah diarah oleh tentera Israel untuk berlabuh di [[Pelabuhan Ashdod]] sebelum ditahan namun kru kapal enggan berhenti dari belayar ke Gaza. Menurut agensi berita bebas antarabangsa [[Al-Jazeera]], seorang wartawan telah memberitahu beberapa kapal perang Israel telah mengekori MV Rachel Corrie sejak subuh.
 
Tentera Yahudi bertindak untuk merampas kapal berkenaan kerana berasa takut akan barangan yang dibawa oleh aktivis yang dikatakan boleh mengundang ancaman kepada Israel jika terus diserahkan kepada rakyat Palestin. Alasan lain bagi menyekat pemberian [[simen]] kepada rakyat Palestin kerana Israel beranggapan bahawa jika simen terus diberikan kepada rakyat Palestin, ia mungkin dapat menyumbang pembuatan bahan letupan seperti meriam dan bom untuk diajukan kepada Israel. Israel juga dikatakan merampas kapal tersebut atas alasan laksamana kapal MV Rachel Corrie tidak mengendahkan 4 arahan yang telah diberikan supaya menukar haluan pelayaran ke [[Pelabuhan Ashdod]], [[Israel]].
 
Israel turut membuat andaian bahawa kapal MV Rachel Corrie yang ditahan di Pelabuhan Ashdod, akan diperiksa terlebih dahulu dan mengeluarkan barangan yang tidak sepatutnya dihantar kepada rakyat Gaza sebelum barangan kebenaran pihak berkuasa Israel sahaja akan dihantar ke Genting Gaza melalui jalan darat.
 
Kapal MV Rachel Corrie merupakan kapal misi kemanusian yang dikelola oleh para aktivis Malaysia-Irish. Pembelian kapal tersebut merupakan hasil kutipan dana yang disumbangkan oleh Pertubuhan Keamanan Global Perdana Malaysia, (The Malaysia Perdana Global Peace Organisation) (PGPO).
 
Enam orang aktivis rakyat Malaysia dalam kapal MV Rachel Corrie edisi pelayaran kemanusian global untuk Gaza pada bulan Mei-Jun 2010 ialah:
 
* Mohd Jufri Judin
* Mohd Nizar Zakaria
* Halim Mohamed
* Ahmad Faizal Azumu
* Shamsul Akmar Musa Kamal
* Matthias Chang
 
==Rujukan==