Mercun: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Thijs!bot (bincang | sumb.)
k bot menambah: gan:爆竹 membuang: hu:Petárda mengubah: es:Petardo
Baris 6:
 
Mercun adalah satu permainan kanak-kanak.
 
==Pengharaman mercun==
Secara umumnya, semua mercun diklasifikasikan sebagai ''bahan letupan berkuasa rendah''. Oleh itu, terdapat beberapa negara yang mengharamkan pembakaran mercun kerana beberapa sebab, antaranya [[pencemaran]] [[bunyi]], risiko kecederaan serta risiko [[kebakaran]].
 
Di [[Malaysia]], pembakaran mercun kini diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum [[Orang Melayu|Melayu]]) semasa musim perayaan [[Hari Raya]]. Ironinya, kes kecederaan akibat bermain mercun terus meningkat saban tahun kerana kanak-kanak Melayu beralih kepada mercun buatan sendiri seperti [[meriam buluh]] sebagai alternatif kepada mercun komersial.
 
Di [[Singapura]], larangan separa terhadap pembakaran mercun dikuatkuasakan pada Mac 1970 selepas satu kebakaran yang mengorbankan enam orang dan mencederakan 68 yang lain.<ref>[http://www.book-soul.com/h.html#1970 Book soul 1970]</ref> Ini seterusnya membawa kepada pengharaman penuh pada Ogos 1972, selepas satu letupan yang membunuh dua orang<ref>[http://www.chingay.org.sg/2006/aboutchingay/index.asp Chingay Past]</ref> serta serangan terhadap dua anggota polis yang cuba menghalang satu kumpulan orang ramai daripada membakar mercun pada Februari 1972.<ref>{{cite book | author=Akbur M., Peer | title=Policing Singapore in the 19th and 20th centuries | publisher=[[Singapore Police Force]]|year=2002|id=ISBN 981-04-7024-X|pages=100}}</ref> Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan kembali mercun dibakar semasa musim perayaan. Pada tengah malam Tahun Baru Cina di [[Chinatown, Singapura|Chinatown]], mercun dibakar tetapi di bawah syarat-syarat kawalan yang dikenakan oleh [[Lembaga Pelancongan Singapura]]. Perayaan lain di mana mercun dibenarkan untuk dibakar ditentukan oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Namun demikian, penjualan mercun secara komersial diharamkan sama sekali.
 
== Rujukan ==