Perbezaan antara semakan "Raja mutlak"

72 bait ditambah ,  10 tahun lalu
== Sejarah dan teori yang berkaitan ==
=== Hak Ketuhanan Raja ===
Teori monarki mutlak mula berkembang pada akhir Zaman Pertengahan bermula dari [[feudalisme]] di mana raja masih dianggap pertama di antara sedarjat ''first among equals'' di kalangan golongan [[bangsawan]]. Penyokong monarki mutlak yang dikenali sebagai ''Absolutists'' menganjurkan teoridoktrin Hak Ketuhanan Raja atau ''Divine Right of Kings'' untuk memberi justifikasi kepada kekuasaan raja. Antara raja yang telah campur tangan dalam hal agama termasuklah Raja [[Henry VIII]] di England. Beliau telah berani menentang Paus [[Katolik]] di [[Rom]] dan mereka agama baru iaitu Protestan. Raja-raja yang mutlak ini mendakwa mereka hanya bertanggungjawabmenjawab kepada Tuhan dan bukan kepada manusia yang lain terutamanya wakil rakyat di [[Parlimen]]. Harta yang melimpah ruah disokong dengan bala tentera yang besar hanya memberi mereka lebih kuasa untuk meneguhkan teoridoktrin ini. Mereka yang mendakwa sedemikian lazimnya memerintah dengan zalim. Salah satu contoh terbaik raja yang mendakwa hak ketuhanannya untuk memerintah adalah Raja [[Louis XIV]] di Perancis.
 
=== Teori Hobbes mengenai Kedaulatan Raja ===