Perbezaan antara semakan "Raja mutlak"

161 bait ditambah ,  10 tahun lalu
== Sejarah dan teori yang berkaitan ==
=== Hak Ketuhanan Raja ===
Teori monarki mutlak mula berkembang pada akhir Zaman Pertengahan bermula dari [[feudalisme]] di mana raja masih dianggap pertama di antara sedarjat ''first among equals'' di kalangan golongan [[bangsawan]]. Penyokong monarki mutlak yang dikenali sebagai ''Absolutists'' menganjurkan doktrin Hak Ketuhanan Raja atau ''Divine Right of Kings'' untuk memberi justifikasi kepada kekuasaan raja. Antara raja yang telah campur tangan dalam hal agama termasuklah Raja [[Henry VIII]] di England. Beliau telah berani menentang Paus [[Katolik]] di [[Rom]] dan mereka agama baru iaitu Protestan. Raja-raja yang mutlak ini mendakwa mereka hanya menjawab kepada Tuhan dan bukan kepada manusia yang lain terutamanya wakil rakyat di [[Parlimen]]<ref>{{cite web|url=http://www.britannica.com/EBchecked/topic/166626/divine-right-of-kings|title=Divine Right of Kings|publisher=Encyclopædia Britannica}}</ref>. Harta yang melimpah ruah disokong dengan bala tentera yang besar hanya memberi mereka lebih kuasa untuk meneguhkan doktrin ini. Mereka yang mendakwa sedemikian lazimnya memerintah dengan zalim. Salah satu contoh terbaik raja yang mendakwa hak ketuhanannya untuk memerintah adalah Raja [[Louis XIV]] di Perancis.
 
=== Teori Hobbes mengenai Kedaulatan Raja ===