Perbezaan antara semakan "Suku Batak"

3 bait dibuang ,  13 tahun lalu
k
tiada ringkasan suntingan
k
k
'''Batak''' adalah sebuah istilah kolektif yang digunakan untuk mengenal pasti sebilangan kumpulan etnik yang terdapat di kawasan tanah tinggi di [[Sumatra Utara]], [[Indonesia]]. Kawasan pedalaman mereka terletak di sebelah barat [[Medan]] dan berpusat di [[Danau Toba]]. Sebenarnya orang "Batak" terdiri daripada beberapa kumpulan etnik yang berbeza tetapi mempunyai bahasa, budaya dan adat yang agak serupa. Walaupun istilah "Batak" digunakan untuk orang-orang Toba, Karo, Pak Pak, Simalungun, Angkola dan Mandailing, ada di kalangan mereka yang tidak suka dikenali sebagai orang Batak.
 
Sebelum mereka dijajah oleh [[Hindia Timur Belanda]], suku Batak mempunyai reputasi sebagai pahlawan-pahlawan yang garang yang kadangkala mengamalkan [[kanibalisme]]. Dengan ketibaan penjajah Belanda, ramai di antara mereka telah memeluk agama [[Kristian]]. Gereja HKBP (''Huria Kristen Batak Protestan'') merupakan sebuah gereja dengan penganut paling ramai di di Indonesia.
 
Masyarakat Batak adalah bersifat kebapaan. Hasil kraf tangan Batak yang terkenal termasuk hasil tenunan, ukiran kayu dan terutama sekali, ukiran batu-batu nisan. Upacara pengkebumian mereka sangat kaya dan kompleks. Contohnya, mereka mempunyai sebuah majlis di mana tulang-tulang nenek moyang mereka digali dan dikebumikan semula beberapa tahun setelah kematian dalam sebuah upacara yang dipanggil ''mangungkal holi''.
6,732

suntingan