Bendera Iran: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k bot menambah: ar:علم إيران
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
'''Bendera [[Iran]]''' pada masa sekarang diperkenalkan selepas [[Revolusi Iran]] pada [[29 Julai]], [[1980]]. Pertukaran bendera ini mencerminkan perubahan dalam negara Iran selepas revolusi itu.
 
Bendera ini terdiri daripada tiga jalur iaitu jalur hijauhijauahahhahaha di atas sekali, jalur putih di tengah dan jalur merah di bawah. Ini merupakan rekaan asal bendera Iran yang telah digunakan sejak awal abad ke-20. Warna Hijau itu melambangkan warna Islam dan warna ini digunakan di negara-negara Islam lain seperti [[Pakistan]]. Perubahan lain yang dilakukan selepas revolusi Iran ialah penggantian simbol di tengah-tengah bendera ini.
 
Di tengah-tengah bendera Iran hari ini, terdapat ukiran geometrik yang simetrik yang diubahsuai daripada perkataan [[Allah]]. Ia direka oleh [[Hamid Nadimi]] dan diluluskan oleh [[Ayatollah Khomeini]] pada [[9 Mei]], [[1980]]. Simbol ini terdiri daripada empat bulan sabit dan sebatang pedang. Empat bulan sabit dan pedang itu membentuk perkataan [[Allah]]: dari kanan ke kiri, bulan sabit pertama adalah 'Alif', kedua ialah 'Lam' , pedang di tengah-tengah melambangkan 'Lam' kedua, bulan sabit ketiga dan keempat membentuk 'Hah'. Di atas pedang ini pula terdapat tanda ''[[tashdid]]''. Pedang ini turut melambangkan kekuatan dan kedaulatan [[Iran]]. Lambang ini seakan-akan membentuk bunga tulip merah, dan ia dipilih bagi mengingati korban pemuda-pemudi Iran dalam mempertahankan Iran dalam peperangan.